TOT UNITED WAKILI MALAYSIA KE PERINGKAT AKHIR DUNIA NEYMAR JR’S FIVE

| 23/05/2017 | 0 Comments

Selangor, 20 Mei 2017 – Dari pusingan ke pusingan yang berterusan sejak pukul 9:00 pagi, TOT United diberikan tepukan yang gemuruh sekali apabila digelar juara kebangsaan, dan akan mewakili tanah air di Peringkat Akhir Dunia Neymar Jr’s Five yang akan diadakan di Sao Paolo, Brasil.

Terdiri daripada Hazizi Mansor, Azwann Ismail, Abu Haniffa Hasan, Ali Mahat, Azri Rahman, Hazreen Ali, Syed Aizad Nasir, dan Syawal Ibrahim, TOT United menjaringkan empat-kosong dalam pusingan pertama, seri sama bagi pusingan kedua, dan menang dengan golden goal terhadap pasukan bersaing dalam perlawanan akhir – RTG Badboyz – untuk pengalaman sekali seumur hidup.

Sejak April, enam (6) pusingan kelayakan diadakan di seluruh Malaysia – UiTM Shah Alam, Taylor’s Lake Side, Educity Sports Complex – Johor, Ferro Futsal – Pahang, Azman Hashim USM Sports Arena – Penang, dan Real Sports Arena – Selangor.

Dari sejumlah seratus sebelas (111) pasukan, dua puluh empat (24) pasukan layak dari setiap pusingan kelayakan untuk bersaing di peringkat akhir kebangsaan. TOT United dari Selangor telah bermain dan berlatih bersama sejak 2015.

“Selepas tujuh belas (17) perlawanan, akhirnya sampai kesini – kami teruja untuk mewakili Malaysia di Brasil,” kata Hazizi Mansor, kapten pasukan.

Para penonton juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sampingan termasuk Panna Football Challenge, dan FIFA 17TM Winner Stays (anjuran NaGaming), dimana mereka bertanding untuk menangi barangan Nike dan Neymar Jr’s Five, serta hadiah wang tunai.

Bagi On Target Challenge pula, Kisshaen A/C Ananthan berjaya membawa pulang tiket ke Brasil, untuk mengiringi TOT United beraksi di peringkat dunia.

Jika anda ingin menjadi tetamu khas Red Bull di Peringkat Akhir Dunia Neymar Jr’s Five pada 8 Julai 2017, pastikan anda menyertai peraduan kami dengan 7-Eleven. Beli satu tin Red Bull Product of Europe di mana-mana 7-Eleven dan simpankan resit.

Sediakan video (maksimum enam puluh [60] saat) yang menunjukkan bagaimana anda dan rakan-rakan anda (maksimum empat [4]) hidup dengan sepenuhnya. Kemudian, muat naikkan video ke https://neymarjr.redbull.com/.

Kongsikan video dengan rakan-rakan anda dan dapatkan seberapa banyak undi yang mungkin untuk peluang ke Brasil selama lima (5) hari (tiket penerbangan dan penginapan termasuk), dan saksikan peringkat akhir dunia ini.

Pemenang kebangsaan Malaysia akan dipilih untuk bersaing dengan lapan belas (18) negara lain untuk Hadiah Global ini, di mana hanya satu akan menang – anda boleh menjadi pemenang itu! Pastikan anda sertai sebelum tempoh tamat peraduan pada 19 Jun.

Kejohanan Neymar Jr’s Five ini adalah konsep yang dicipta oleh pemain Brasil – Neymar Jr – dan Red Bull pada tahun 2016. Untuk musim kedua ini, Neymar Jr’s Five menarik hampir 90,000 peserta dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian. TOT United akan mewakili negara kita untuk bersaing dengan wakil-wakil dari lima puluh dua (52) negara lain dalam kejohanan Neymar Jr’s Five Peringkat Akhir Dunia pada Julai ini.

Dengan kerjasama iM4U, KPJ Healthcare, dan Tune Talk, Red Bull sedia membuka jalan ini ke Brazil. Ikutilah Neymar Jr’s Five di Facebook dengan melayari www.facebook.com/neymarjrsfive/ untuk maklumat terkini.


Tags: , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.