10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI MELAKA

| 30/05/2017 | 0 Comments

10 Tempat Makan Menarik Di Melaka! Melaka sememangnya antara destinasi percutian yang menarik di negara kita, Malaysia. Banyak tempat menarik yang anda wajib kunjungi apabila berada di Melaka.

Selain tempat menarik, Melaka juga sebenarnya memiliki banyak tempat makan menarik untuk anda cuba.

Hari ini, ammboi senaraikan 10 tempat makan menarik di Melaka yang perlu anda kunjungi berdasarkan beberapa sumber di internet dan media sosial.

TEMPAT MAKAN MENARIK DI MELAKA? INI DIA 10 LOKASI PILIHAN

1. Melaka Foof Truck Park

Lokasinya terletak di perkarangan Melaka Mall. Terdapat 10 food truck yang beroperasi dan menyediakan pelbagai hidangan menarik.

  • Alamat: Food Truck Park, Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
  • Waktu Operasi: 6:00 petang – 12:00 malam (setiap hari)

2. Medan Ikan Bakar Crystal Bay, Alai

Medan Ikan Bakar Alai atau Crystal Bay ini adalah salah satu tempat makan ikan bakar yang sedap di Melaka. Terdapat pelbagai pilihan makanan laut (seafood) yang segar dan lazat.

  • Alamat: Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka
  • Waktu Operasi: 6:00 petang – 12:00 malam (setiap hari)

3. Cendol Jam Besar

Cendol Jam Besar atau Cendol Clock Tower memang cukup terkenal di Melaka. Selain menikmati panorama bangunan lama Jonker Street, anda juga boleh nikmati cendol di tengah mercu tanda bersejarah Melaka. Ia terletak berhadapan Bangunan Merah di tepi Sungai Melaka.

  • Alamat: 9, Jalan Laksamana 1, 75200 Melaka.

4. Mee Besen

Kenapa dipanggil Mee Besen? Oh, ia kerana saiz hidangannya yang besar dan anda boleh berkongsi hidangan berkenaan. Terdapat banyak pilihan saiz hidangan sebagaimana dibawah:-

Saiz S : RM6.00 (1-2 orang makan)

Saiz M : RM10.00 (2-3 orang makan)

Saiz L : RM15.00 (3-4 orang makan)

Selain Mee Besen, terdapat juga pelbagai pilihan hidangan lain.

  • Alamat: No. 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun
  • Waktu Operasi: 3:30 petang – 10:00 malam (Isnin tutup)

5. Puteri Erra Roti John

Merupakan salah satu tempat makan roti john yang sedap di Melaka. Harga yang mereka tawarkan juga berbaloi dan berpatutan. Selain itu, ada juga jus buah gelas besar dengan harga hanya RM2! Lokasinya berhadapan dengan Hotel Sentral, Melaka – Sebaris dengan Klinik Pergigian Tun Sri Lanang dan Mahkamah MBMB.

  • Alamat: Jalan Bunga Raya Pantai, Melaka
  • Waktu Operasi: 6:00 petang – 11:00 malam (Selasa tutup)

6. Big Bowl Ice

Setelah penat berjalan-jalan, tidak rugi kalau singgah untuk sejukkan badan dengan menikmati ais parut dengan pelbagai perisa di Big Bowl Ice. Anda pasti teruja dengan pekbagai pilihan perasa yang ada. Semua sedap-sedap! Keistimewaan kedai ini ialah anda boleh minta supaya ais parut dihidangkan dengan sukatan yang besar. Jangan terkejut kalau ada hidangan untuk 30 orang makan!

  • Alamat: 11, Jalan Kota Laksamana 1/2
  • Waktu Operasi: 12:00 tengahari – 12:00 malam

7. Eat Canteen

Terdapat banyak cafe di Melaka. Tapi anda mungkin ragu-ragu dengan status halalnya. Namun begitu, anda tidak perlu ragu-ragu dengan cafe Eat Canteen. Ia diusahakan oleh orang Melayu dan menawarkan citarasi menarik yang menyegarkan.

  • Alamat: No. 34 Jalan PM3, Melaka
  • Waktu Operasi: 6:00 petang – 1:00 pagi

8. Cofeology Bukit Beruang

Cofeology Cafe & Restaurant juga antara kafe yang diusahakan oleh anak tempatan. Ia meneyediakan pelbagai hidangan makanan Western dan selera tempatan. Harganya juga amat berpatutan.. Antara hidangan menarik disini adalah Nasi Lemak Bonda dengan harga serendah RM3.80 shaja!

  • Alamat: Lot 21 & 23, Ixora Condominium, Jalan Bukit Beruang, Bukit Beruang, 75450 Bukit Beruang, Melaka.
  • Waktu Operasi: 9:00 pagi hingga 11:00 malam (Isnin dan Selasa), 9:00 pagi – 12.30 malam (Rabu – Ahad)

9. Taste Better Cream Puff

Ini adalah tempat makan yang wajib dikunjungi oleh peminat cream puff. Menggunakan bahan 100% halal ia boleh dijumpai di Jonker Walk dan Dataran Pahlawan.

  • Alamat: 96, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.
  • Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam

10. Cengkerang Shell Out, Kota Laksamana

Dengan harga serendah RM38.80 anda boleh memilih pelbagai menu makanan laut mengiktu citarasa anda. Jangan lupa singgah di Cengkerang Shell Out yang terletak di Kota Laksamana.

  • Alamat: No.10 Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka
  • Waktu Operasi: 5:00 petang – 11:00 malam

Macam mana dengan 10 lokasi tempat makan menarik di Melaka yang ammboi sebutkan di atas? Masih tak cukup? Jangan risau, sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik di Melaka.

Antaranya sebagaimana senarai di bawah:

  1. Ikan Bakar Umbai
  2. Roti Canai Kayu Arang
  3. Coconut Shake Klebang
  4. Asam Pedas Claypot
  5. Cendol Bakar Alor Gajah
  6. Nasi Beriani Haji Tamby
  7. Keria Gula Melaka Viral
  8. Roti John berkat
  9. The Old Kitchen, Batu Berendam
  10. Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah

BACA SINI UNTUK INFO 5 LOKASI TEMPAT MAKAN ASAM PEDAS MENARIK DI MELAKA


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, JOM MAKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.