TAN SRI ANNUAR MUSA DEDAH AUTA FMLLP? KERANA PERINTAH JDT?

| 30/05/2017 | 0 Comments

Tan Sri Annuar Musa dedah auta FMLLP? Kemelut antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) nampaknya semakin panas. Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa nampaknya bertindak tegas untuk ‘menyerang’ FMLLP di atas beberapa keputusan yang dianggap berat sebelah.

Sebagaimana yang kita maklum, ia berhubung isu perpindahan keluar dan masuk pemain terhadap pasukan Kelantan. Pada awalnya, Kelantan dikenakan sekatan ekoran isu tunggakan gaji. Selepas itu, perpindahan pemain boleh dibuat sekiranya tidak melibatkan kos atau ‘penjualan’ pemain.

Terbaru, isu perpindahan masuk pemain import baru Kelantan iaitu Seydi pula disekat sedangkan beliau menggantikan tempat Celin ekoran prestasi buruk dan kecederaan serta tidak melibatkan sebarang kos.

Anda boleh baca sepenuhnya kenyataan dari Tan Sri Annuar Musa yang dipetik dari laman Facebooknya dibawah:

Semakin jelas AUTA FMLLP.. baru baru ini mereka keluarkan kenyataan BAHAWA SEKATAN KPD KAFA kerana isu tunggakan gaji DAN PENDAFTARAN BARU hanya boleh di benar kalau ia tidak melibatkan kos tambahan. Semalam mereka beri alasan HASIL PERPINDAHAN tak di belanja utk selesai “masaalah” tanpa mereka siasat terlebih dahulu.

Hari ini lain pula ceritanya… KERANA TIDAK MELENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN pulak..
Kalau itu alasan KENAPA ABOU BAKR boleh di daftar??… adakah kerana PERENTAH JDT dan utk JDT miliki ghaddar maka BUDI BICARA boleh pula di gunakan??? budi bicara siapa???… di putus dlm mrat mana?.. mana minitnya??… ATAU KUASA INDIVIDU?? Sekiranya SEKATAN yg belum KAFA LEPASI SILA BATALKAN PERPINDAHAN GHADDAR DAN BAKR, kerana undang undang mesti JELAS DAN KONSISTEN..

Dlm mesej JDT jelas menyebut PERPINDAHAN YG BERSIFAT WIN WIN supaya KAFA BOLEH MEMBELI PEMAIN BARU….
Sekarang yg mana satu.. SEKARANG ADA CLAIM YG FMLLLP MENGGUNA BUDIBICARA… kalau begitu APA YG MENGHALANG FMLLP MENGGUNAKAN BUDIBICARA bila SEYDI menggantikan CELIN yg cedera dan tidak cergas. FMLLP mahu kafa BUANG DUIT atau CARI DUIT??? atau FMLLP HANYA KUDA TUNGGANGAN SPT YG PERNAH DI TULIS OLEH SEORANG YG BERPENGARUH DLM BOLA DLM FB NYA SATU KETIKA DULU..

Sila beri penjelasan ONCE AND FOR ALL.. ATAU FMLLP HARUS DI DISIPLINKAN. SUDAH LAH GAGAL MENDAPATKAN BAYARAN TAJAAN DARI MP SILVA DAN GAGAL BERI APA YG DI JANJIKAN PADA PASUKAN KINI MENGURUSKAN PERLAWANAN IKUT BUDIBICARA SENDIRI….

Mau bawa ke mana LIGA MSIA?????

Sama-sama kita tunggu apakah reaksi pihak FMLLP dan FAM.


Tags: , , , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.