PELUANG MENANGI HADIAH MENARIK DENGAN CALTEX TRUE POWER FROM WITHIN

| 02/06/2017 | 2 Comments

Ini adalah peluang menarik untuk semua pelanggan Caltex. Kepada yang tidak pernah merasa kehebatan minyak pelincir ataupun bahan api dari Caltex, anda sudah tentu akan tertarik untuk mencubanya apatah lagi selepas membaca sepenuhnya promosi terbaru ini.

Chevron Malaysia Limited yang merupakan pemasar jenama Caltex melancarkan promosi ‘True Power from Within‘ bermula Mei 2017 bersempena dengan tayangan filem Transformers: The Last Knight yang bakal ditayangkan.

Untuk makluman, anda ada tiga peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dari kempen Caltex. Pertama, pembelian produk minyak petrol atau diesel Caltex dengan Techron, kedua menerusi pembelian produk minyak pelincir Caltex dan yang ketiga adalah bergambar bersama dengan Caltex Fun Truck!

Syaratnya cukup mudah. Pelbagai hadiah menarik menanti anda. Maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan anda boleh baca sepenuhnya di bawah:

Caltex ‘True Power from Within’ Promotion: Fuels

Bermula dari 22 Mei hingga 31 Julai 2017, sebarang pembelian bahan api Caltex dengan Techron bernilai sekurang-kurangnya RM50 menawarkan pelanggan peluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah.

Anda berpeluang untuk memenangi skuter Vespa, StarCash dan juga mata bonus BPoints bonus untuk pemegang kad Caltex JOURNEY dan kad ahli B Infinite yang menggunakannya untuk membeli mana-mana petrol Caltex atau diesel di stesen-stesen di seluruh negara.

Berikut adalah jadual cabutan bertuah dan senarai hadiah yang bakal anda miliki:

Lucky Draw Dates Prizes

First Draw

(4 July 2017)

  • 10 winners:  Vespa® scooter
  • 30 consolation winners: StarCash worth RM200
  • Additional to Caltex JOURNEY™ Card and B Infinite members – 100 winners from a pool of 1,000,000 BPoints

Second Draw

(10 August 2017)

  • 10 winners:  Vespa® scooter
  • 30 consolation winners: StarCash worth RM200
  • Additional to Caltex JOURNEY™ Card and B Infinite members – 100 winners from a pool of 1,000,000 BPoints

Pelanggan yang membuat pembelian minyak petrol atau diesel bernilai sekurang-kurangnya RM50 dalam tempoh promosi ini di stesen Caltex di seluruh negara akan mendapat kotak tisu Transformers (selagi stok masih ada).

Manakala dari 15 Jun 2017 dan seterusnya, pelanggan yang mengisi minyak petrol atau diesel minimum RM50 juga layak untuk membeli payung eksklusif Transformers pada harga RM39.90.

Caltex ‘True Power from Within’ Promotion: Lubricants

Selain itu, bermula dari tempoh promosi sehingga 31 Julai 2017, pelanggan yang membeli produk Havoline, Delo dan Techron Concentrate Plus di stesen dan bengkel Caltex terpilih akan menerima set kotak barangan eksklusif filem Transformers yang mengandungi baju polo, T-shirt atau tuala microfibre (bergantung kepada produk yang dibeli).

Anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti pembesar suara Bluetooth jenama Bose, baucar membeli-belah bernilai RM200 setiap satu, barangan eksklusif Transformers dan hadiah utamanya adalah sebuah skuter Vespa LT150.

Cabutan berkenaan akan diadakan pada 16 Ogos 2017. Cuma beli mana-mana produk Havoline, Delo dan Techron Concentrate Plus dan masukkan kod yang didapati pada kotak promosi dan kemukakan penyertaan anda secara dalam talian di sini www.caltextruepower.com. Keputusan cabutan akan diumumkan dalam laman web yang sama.

Pemenang-pemenang  cabutan bertuah akan disiarkan di laman web www.caltextruepower.com dan Facebook Caltex Malaysia.

Anda dinasihatkan untuk memeriksa laman web Caltex Malaysia dan laman Facebook Caltex Malaysia untuk maklumat terkini.


Tags: , , , , , ,

Category: ADVERTORIAL, INFO SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Selalu juga isi minyak dekat Caltex. Boleh lah kejar untuk menang hadiah menarik ni mana tau ada rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published.