KRONOLOGI KES DERA SAMPAI MATI PEGAWAI KADET LAUT UPNM ZULFARHAN OSMAN ZULKARNAIN

| 06/06/2017 | 1 Comment

Apa yang berlaku kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, memang amat mengejutkan. Tidak sangka, ada yang berhati binatang boleh menempatkan diri mereka untuk menjaga kedaulatan negara.

Arwah yang disahkan meninggal dunia pada 1 Jun lepas didakwa mencuri komputer riba. Seorang penuntut dilaporkan memberitahu keluarga mangsa bahawa Zulfarhan dipukul beramai-ramai selepas mendakwa seorang bomoh memetik namanya sebagai dalang kes curi berkenaan.

Dalam kejadian itu, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Suspek2 tak puas hati dgn mangsa dan menuduh mangsa curi laptop (mangsa tak curi pun ikut ktrgn saksi) Mangsa didapati dipukul menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju. termasuk didera menggunakan steam iron (80% badan melecur). Penderaan berlanjutan sehingga 2 hari. Keadaan mangsa merisaukan, suspek2 bawa mangsa ke klinik. Dlm masa yg sama menjaga mangsa di dlm dorm. Keadaan mangsa makin parah slps 2 minggu dan suspek ambil keputusan bawa mangsa ke Hospital Serdang tanpa pengetahuan pegawai. Sebelum ke hospital, singgah ke rumah kawan suspek yg merupakan pelajar Uniten. Mangsa meninggal di Hospital Serdang dan penangkapan mula dibuat terhadap 2 suspek yg hntr mangsa ke hospital. Penangkapan terus dilakukan dan didapati 30 suspek terlibat dan mereka merupakan satu skuad yg sama. (Pelajar2 Uniten juga ditahan kerana bersubahat) Menurut saksi, penderaan ramai2 dilakukan atas paksaan suspek2 utama. – Sumber Whatsapp

Kronologi kes dera sampai mati pegawai kadet laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain…

13 Mei : Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya.

20 Mei : Mangsa dipanggil sekumpulan pelajar ke bilik 4-10 Bangunan Jebat Asrama UPNM pada jam 3 pagi untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer riba itu. Mangsa menafikan tuduhan itu sebelum dibelasah beramai-ramai antara 20 dan 30 pelajar menggunakan saterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga jam 11 pagi, 21 Mei.

27 Mei : Mangsa dalam keadaan lemah dibawa untuk mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan sendiri berikutan semua pelajar bercuti awal Ramadan. Dia dibawa ke sebuah klinik swasta di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Selepas menerima rawatan, mangsa dibenarkan pulang dan diarah menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.

31 Mei : Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di tingkat 25, Blok B Centrium Residences di Bangi untuk berehat oleh dua suspek utama yang membulinya.

1 Jun : Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium yang sama sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Mangsa dibawa ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum disahkan kematiannya.

Polis tidak terima laporan dera dan bomoh…

Bagaimanapun menerusi laporan Astro Awani, pihak polis mengesahkan tidak pernah menerima laporan daripada mana-mana pihak yang mendakwa mangsa yang meninggal dunia pernah dibuli.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, pihaknya hanya menerima laporan kematian Zulfarhan selepas mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang Khamis lepas.

“Setakat ini, kita tiada terima laporan kes buli. Tetapi, kalau ada (kejadian buli), minta pihak berkenaan tampil buat laporan bagi membolehkan pihak polis menyiasat.

“Mungkin pihak universiti sendiri akan mengambil tindakan dalaman. Itu terpulang kepada mereka. Tetapi kes yang dilaporkan pada polis, setakat ini, ini yang pertama,” katanya.

Katanya, polis juga tidak menerima laporan mengenai kehilangan komputer riba yang dipercayai menjadi punca mangsa didera dan berkenaan bomoh.

“Pihak polis tidak ada sebut bomoh-bomoh. Macam saya kata tadi, siapa-siapa yang kita fikirkan ada kaitan dan boleh membantu siasatan, kita akan panggil. Dan kita sedang melaksanakannya, yang telah dipanggil dan yang akan dipanggil.

“Dia dituduh oleh rakan-rakan mencuri komputer riba milik salah seorang dari pelajar itu. Jadi, ini puncanya,” katanya.

KematianĀ Zulfarhan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman bagi membantu siasatan. Reman mereka akan berakhir Jumaat ini.

UPNM akan siasat secara profesional dan telus…

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yakin satu siasatan profesional dan telus sedang dijalankan berhubung kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khamis lalu. UPNM dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, pihak universiti tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu memandangkan pentadbiran dan disiplin Pegawai Kadet adalah di bawah bidang kuasa Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), unit di bawah Markas Angkatan Tentera Malaysia.

UPNM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Syed Hassan says:

    Apa kesudahan kes dera sampai mati yang berlaku di RMC beberapa taahun lepas? Sampai sekarang terus senyap sepi berita tu…dah tutup kes ke?

    Moga2 kes ni tak disenyapkan seperti kes di RMC…

Leave a Reply

Your email address will not be published.