PENJAWAT AWAM JOHOR BAKAL TERIMA BANTUAN KHAS RM1,000

| 09/06/2017 | 0 Comments

Kerajaan Johor bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam kerajaan negeri bersempena Aidilfitri tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian bantuan kewangan itu sebagai meringankan beban kewangan para penjawat awam dan semoga ia akan memeriahkan lagi sambutan hari lebaran pada kali ini.

“Pembayaran kepada sejumlah 19,100 kakitangan awam negeri ini akan dibuat pada 16 Jun 2017,” katanya dipetik sumber Sinar Harian Online hari ini.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.