KENAPA PETANI TERPAKSA BAKAR HARUMANIS? HARGA MEROSOT? APA BERLAKU SEBENARNYA?

| 13/06/2017 | 1 Comment

Kenapa petani terpaksa bakar harumanis? Rasanya semua orang kenal mangga HARUMANIS. Tapi tidak semua orang mampu merasanya. Mangga yang cukup popular dari utara itu pernah mencetuskan fenomena kerana harga jualannya boleh mencecah RM50 sekilogram!

Namun begitu, pada tahun ini kita digemparkan dengan kisah mangga harumanis tidak laku dan harganya jatuh menjunam. Sehinggakan ada laporan media menyebut, petani terpaksa bakar harumanis kerana harganya jatuh sehingga RM10 sekilogram!

Kenapa ia boleh berlaku? Kenapa harga jatuh menjunam? Apa sebabnya? Berikut adalah petikan akhbar Kosmo! –

PADANG BESAR – Para petani harumanis di Perlis mengalami kerugian besar berjuta-juta ringgit pada tahun ini kerana berlaku lambakan buah dan penurunan mendadak harga harumanis yang memaksa sesetengah mereka membakar hasil ladang masing-masing untuk mengelakkan ancaman penyakit.

Malah lebih buruk, buah harumanis yang dipetik terpaksa dijual pada harga serendah RM10 sekilogram kepada peraih dan RM15 kepada pembeli akibat lambakan di pasaran pada bulan puasa selain faktor kelemahan pemasaran.

Fenomena itu cukup mengejutkan kepada pengusaha ladang harumanis berbanding zaman kemuncak pada tahun 2015 apabila seorang petani mampu mengaut untung dengan menjual harumanis pada harga RM50 sekilogram.

Menurut seorang pekebun, Musa Darus, 75, dia tidak menyangka tahun ini merupakan ujian terbesar bagi dirinya dan pengusaha lain kerana permintaan merosot teruk lebih 70 peratus sehingga menyebabkan banyak buah terbiar busuk di pokok.

Musa berkata, 133 pokok mempelam harumanisnya mengeluarkan hasil kira-kira lima tan (5,000 kilogram) tahun ini, namun malangnya 2.5 tan terpaksa dibiarkan busuk di pokok dan terpaksa dibakar bagi mengelakkan penyakit yang mengancam pokok lain. – Petikan akhbar Kosmo!

Dari segi pengeluaran, rasanya tiada masalah kerana penanaman mangga harumanis begitu terkawal dan dihadkan ditanam di negeri Perlis sahaja. Tapi mungkin semakin ramai yang menanam pokok harumanis menyebabkan hasilnya melebihi dari sepatutnya.

Dari sumber lain pula, ada yang mendedahkan punca sebenar penurunan harga mendadak harumanis.

Katanya, sebelum ini harganya melambung tinggi disebakan persepsi orang ramai semata.

Anda boleh baca selanjutnya dibawah:

Kenapa Harumanis jd mcm ni ?? Begini ceritanya kpd yg nak tahu la…

Dulu org tak kenal pun harumanis nih.. spesis ni katanya dari Thailand jugak tapi bila tanam kat Perlis jd sedap pulak..sedap sgt ka ? Err mmg sedap la tapi banyak lagi mangga yg sedap aku pernah makan yg lebih murah dr harumanis ni ?

Kenapa jd mahal ?? Sbb persepsi org sahaja.. ia mula terkenal maybe tak sampai 10 tahun lalu bila TV3 dan Suratkhabar buat liputan dan promosi bahawa pelam ini meletop di Jepun sana . Sebijik boleh dijual sampai harga RM 50.. berkontena pelam dieksport ke sana.. maka org KL pun punya lah excited dengar berita tu jd semua pakat dok kirim nak harumanis lah.. nak pakat rasa nak pakat habaq kat org lain aku dah makan harumanis nih.. siap selfie wefie bagai. Nak pulak cerita org pi makan pelam ni kat Perlis siap naik helikopter lagi hahaah..

Hakikatnya apa??

Waktu saya pi Jepun dua tahun lepas dan mengorek cerita sebenar dgn org berkenaan dgn pemasaran dan usahawan sana, apa katanya??

Harumanis tak laku pun kat sana, hantaq sekontena dua sahaja sampai mesin penjagaan kualiti eksport buah buahan berharga jutaan di pusat kuarantin Malaysia terbiar saja..

Kenapa tak laku ? Katanya org jepun tak suka warna kulit harumanis ni kehijauan… satu lagi pasai harga mahai sgt..angpa ingat org jepun kaya sgt ka ?kos hidup depa tinggi melahut dok dirumah dlm flat kotak satu bilik pun harga berjuta bhai..jd lepas tu mmg tak eksport dah harumanis ke Jepun dan lain lain negara pun tak dak.. semua harap ke Fama saja mana boleh bang, private sector tak dak ka yg buat promosi ke luar negara..tak dak la tu kalau ada dah tentu masuk paper

Jadi seterusnya , permintaan utk harumanis ni utk tempatan mmg naik menggila sampai org pun lupa daratan.. makin byk org order makin depa penaik harga, bila org tegur depa kata org dengki tak mau tolong org Melayu maju.. baru Menteri kata tanam harumanis kat Perlis saja , depa dah jadikan bahan jenaka padahal rasa menteri tu tau dah apa akan jadi kalau lambakan terus tinggi.

Buah pelam ni makanan sampingan saja.. tak dak harumanis pun berlambak penggantinya..bende dah jd mewah mmg tak ramai nak mampu makan la.. aku pun tak merasa lagi musim ni.. bukan nak salah sesiapa tapi teori supply and demand tak pernah gagal lagi selama ini. – Sumber : Nordin Mat

Apapun berdasarkan kepada pemerhatian ammboi, harga di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya masih lagi dijual RM40 sekilogram.

Mungkin harga di Perlis sahaja menjunam. Atau ada masalah dengan orang tengah (peraih)???


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Nurul Nadiah says:

    memang cara orang kita berniaga macam tu..masa dapat sambutan, lagak nya lain macam..statergi perniagaan tak kukuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published.