PEKERJA BANK KONGSI 7 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM TUKAR DUIT RAYA

| 16/06/2017 | 0 Comments

Tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu semua sedang sibuk dengan persiapan raya. Pakaian, kuih dan biskut dan segala yang berkaitan dengan raya.

Akan tetapi, jangan pula lupa nak tukar duit raya! Kalau belum tukar lagi, rasanya anda perlu membaca tips menukar duit raya daripada seorang pekerja bank yang ammboi petik dari Astro Gempak.

 

Menerusi perkongsian tersebut, pekerja bank berkenaan memaklumkan duit raya sudah boleh ditukar bermula semalam, 14 Jun, sehingga 23 Jun 2017 ini.

Waktu pertukaran untuk setiap bank bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi sahaja dan selepas daripada waktu tersebut sebarang urusan menukar duit raya tidak akan dilayan.

Berikut adalah sepenuhnya tips yang dikongsikan dan diharap ia boleh dijadikan panduan sebelum menukar duit raya:

1) Pertukaran hanya di kaunter

Pertukaran duit raya hanya boleh dilakukan di kaunter yang disediakan, pada masa yang ditetapkan kerana sebarang booking melalui telefon, SMS, WeChat, Whatsapp dan seumpamanya tidak akan dilayan kerana kami bukan pekerja call-centre.

2) Jangan tempah pakai air liur

Tempahan pakai air liur juga tidak akan dilayan. Ayat “tukar pakai duit kau dulu” adalah ayat yang paling tidak boleh di terima dek akal kami. Harus di ingatkan bahawa banker bukan tokey-tokey kosmetik. Gaji kami hanya cukup untuk menyara anak beranak dan keluarga sahaja.

3) Tiada penghantaran di rumah

Ayat “kau bawak balik dulu, nanti aku pergi amik di rumah” juga tidak akan di layan. Risiko buat kami adalah jika duit itu hilang bukan anda mahu tanggung. Kami bukannya bekerja di Lazada yang boleh booking online atau FedEx yang boleh buat home delivery.

4) Tiada tempahan awal

Ayat “kau simpan dulu, nanti petang aku pergi ambil” juga kami tidak akan di layan. Sebab kami sudah pernah terkena. Simpan punya simpan, anda tidak muncul-muncul. Menyusahkan kami nak buat balancing petang-petang. Ingat, kami pun ada keluarga dan mahu balik awal untuk berbuka. Jangan sebab mahu menunggu anda, kerja-kerja kami akan tergendala.

5) Kawan atau sedara setahun sekali

‘Kawan atau sedara musim raya’ kami juga akan melayan anda seperti walk-in customer, bermakna tiada layanan VIP untuk anda. Datang ke kaunter ambil nombor dan beratur macam orang lain.

Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah. Ada 12 bulan Islam, tetapi kenapa anda hanya mengenali kami pada penghujung bulan Ramadhan saja? Bila masuk Syawal terus hilang buat-buat tidak kenal. Takut kena bagi duit raya kat kami ke?

6) Tiada pemintaan istimewa

Ayat “aku nak duit baru, yang keras dan ada balut pelekat Bank Negara” juga tidak akan layan. Kami akan berikan duit yang kami ada sahaja. Mahu request lebih-lebih sila berurusan dengan pegawai Bank Negara.

7) Tiada sampul lebih

Ayat “bagilah aku kertas Ang Pow lebih sikit”. Masalahnya lebih sikit tu bukan dua atau tiga helai tau? Lebih sikit itu kalau boleh dua kotak dia minta. Pemintaan sebegini juga tidak akan dilayan. Kami bukan kerja di kilang cetak sampul ang pow. Perlu diingat, sampul itu diberi percuma sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami.

Memandangkan bukan anda seorang sahaja pelanggan kami dan ramai lagi sedang beratur mahukan sampul itu. Jangan pentingkan diri sendiri dan belajar untuk fikirkan orang lain juga. Sebab stok kami dapat pun tidak banyak mana. Jadi terpaksa beri sorang sikit.

Sekian. Harap maklum.


Tags: , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.