PENJINAK BUAYA HAMPIR MAUT DIBAHAM BUAYA KETIKA PERSEMBAHAN [VIDEO]

| 16/06/2017 | 0 Comments

Hari ini tersebar satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki nyaris dibaham buaya ketika memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya berkenaan.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa lelaki berkenaan begitu bodoh memasukkan kepalanya ke dalam mulut haiwan tersebut yang sememangnya bahaya.

Berdasarkan sumber info, lelaki berkenaan sebenarnya adalah seorang penjinak buaya dan juga pekerja zoo. Ketika itu beliau sedang membuat persembahan untuk sekumpulan penonton di sebuah zoo di Ko Samui, Thailand.

Lelaki berkenaan hampir maut dibaham buaya ketika membuat pertunjukan ‘berani mati’ memasukkan kepalanya ke dalam mulut reptilia itu dan buaya itu tiba-tiba ‘membaham’ kepalanya sebelum menghayunkannya ke kiri dan kanan.

Dalam rakaman video kejadian itu, lelaki berkenaan melutut sebelum memasukkan kepalanya ke dalam mulut buaya yang ternganga luas.

 

Selama beberapa saat persembahan rutin itu itu berjalan lancar, namun buaya berkenaan tiba-tiba menutup mulut, ‘mengepit’ kepala lelaki berkenaan dan menghayunkannya ke kiri dan kanan sebelum kepala mangsa terlepas daripada mulut haiwan itu.

Lelaki itu kedengaran menjerit kuat dan terduduk di lantai manakala buaya berkenaan berjalan masuk ke dalam kolam.

Menurut keterangan pada video yang dimuat naik itu, sebelum persembahan, lelaki terbabit menunjukkan kecederaan lampaunya akibat buaya, termasuk kehilangan satu jari kepada penonton.

Kiranya dia sudah lali ni berdepan dengan buaya. Tapi nasib beliau masih baik kali ini kerana kepalanya tidak putus dibaham buaya berkenaan.

Apapun, ramai netizen mengucapkan terima kasih kepada buaya tersebut kerana berjaya menghiburkan penonton dengan aksi cemas itu.


Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.