SAYU… LELAKI DIHANYUTKAN BANJIR DI HULU LANGAT ADALAH OKU [VIDEO KEJADIAN]

| 19/06/2017 | 0 Comments

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, mengesahkan kejadian seorang lelaki hanyut seperti tersebar dalam video menerusi laman sosial semalam.

Mangsa Taufik Alias, 24, hanyut ketika banjir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, sekitar jam 4 petang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihak bomba dan penyelamat memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi dan bersambung jam 10 pagi tadi.

“Operasi pencarian hari ini tertumpu di kawasan mangsa mula hanyut iaitu di IKBN Dusun Tua hingga Dengkil dengan kekuatan 60 anggota terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain.

“Setakat ini air mula surut di beberapa kawasan seperti Batu 14 dan 12. Bagaimanapun, masih terdapat kawasan yang banjir iaitu di Batu 10 dan 9,” katanya dalam kenyataan.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, seorang penunggang motosikal dibawa arus sambil beberapa penduduk di kawasan berhampiran menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Mangsa dilihat terkapai-kapai di dalam air sebelum dibawa arus ke arah Sungai Serai.

Selain itu, Sani Harul, berkata kira-kira 70 mangsa di kawasan Batu 14 dan 81 mangsa dari Batu 12, dipindahkan oleh pasukan penyelamat.

 

Berikut adalah kenyataan dari ahli keluarga mangsa –

Pada mereka yg melihat video lelaki yg dihanyutkan arus deras bersama motosikalnya, beliau merupakan adik saudara saya.

Beliau pernah terlibat dlm kemalangan yg telah mengakibatkan kekurangan keupayaan mental dan fisikal. Beliau telah diklasifikasikan sbg seorg kurang upaya.

Jadi, saya mohon kpd semua.. tlglah hentikan segala spekulasi yg tidak berasas terhadap tindakan beliau. Hormatilah sensitiviti dan perasaan kami sekeluarga.

Misi mencari dan menyelamat masih dijalankan. Marilah sama2 kite doakan agar beliau dilindungi dan ditemui.

Terkini, motor beliau telah dijumpai. Smg Allah permudahkan segalanya utk kami sekeluarga.

Semoga usaha pencarian berjalan lancar. Insya Allah.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.