RESPON NORMAZALINA ATAU LINA BILA WAJAH MIRIP DATUK SITI NURHALIZA

| 07/07/2017 | 0 Comments

Baru-baru ini media sosial hangat dengan cerita berkenaan wajah seorang penyampai berita yang dikatakan mirip dengan wajah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Jika pertama kali melihat pembaca berita tersebut memang wajahnya saling tidak tumpah seperti Datuk Siti. Oleh itu, tidak hairanlah sampai ada yang menyangka beliau kini sudah menjadi penyampai berita.

Memetik sumber info, pembaca berita berkenaan yang bernama Normazalina atau nama panggilannya Lina meluahkan dirinya sangat terkejut apabila gambar-gambarnya semasa membaca berita menjadi viral.

“Saya agak terkejut bila gambar-gambar saya membaca berita jadi viral. Rasanya Datuk Siti terlalu cantik untuk disamakan dengan saya.

“Sebenarnya memang dari dulu ada yang perasan persamaan ini dan mereka ini adalah Siti Zoners iaitu peminat Datuk Siti sendiri.

“Cuma sekarang ia jadi viral. Malah gara-gara itu juga telefon saya sampai ‘hang’ bila menerima Whatsapp dari rakan-rakan yang bertanyakan tentang perkara ini,” kata Lina dipetik dari sumber berkenaan.

Lina berkata lagi, mungkin persamaan yang dikatakan seperti Datuk Siti itu adalah kerana teknik solekan.

“Bila ramai yang tahu perkara ini termasuk jurusolek, mereka turut merias wajah saya sedikit sebanyak mengikut cara Datuk Siti sebab itu boleh nampak seakan Tok Ti (panggilan mesra untuk Datuk Siti Nurhaliza),” jelasnya lagi.

Menurutnya, semakin ramai yang nampak akan persamaan ini apabila dia menjadi pembaca berita sejak tahun 2015 kerana viewers berita ini lebih besar.

Terdahulu, kerjayanya sebagai wartawan penyiaran bermula pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada tahun 2010.

Tidak dapat dinafikan wajah Lina dan Tok Ti seakan-akan sama. Jom kita lihat wajah mereka, mana satu Tok Ti dan mana satu Lina.

Cuba bandingkan!

Hampir sama jer kan?


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.