PENJELASAN MUFTI MENGENAI ISU LELAKI CABUL POSTER GADIS IKLAN SHELL

| 10/07/2017 | 0 Comments

Baru-baru ini media sosial kecoh dengan isu lelaki cabul poster gadis iklan Shell. Mungkin pada mereka ia dianggap sekadar melawak, namun apa yang berlaku mereka teruk dikecam dan sebagainya.

Memetik sumber info mStar Online, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan beberapa individu yang bertindak ‘mencabul’ poster gadis iklan Shell supaya bertaubat.

Jelasnya, kaum lelaki yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandangan dan menjaga maruah mereka. Tindakan ‘mencabul’ poster iklan wanita terbabit adalah perlakuan yang memalukan, menjatuhkan maruah dan tidak wajar dilakukan oleh seorang Muslim yang baik.

“Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap ‘standee’ wanita tersebut wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, iklan gadis Shell ditarik semula berkuat kuasa serta-merta awal bulan ini susulan tindakan beberapa individu tidak bertanggunjawab melakukan aksi tidak senonoh dan ‘mencabul’ poster tersebut sehingga tular di media sosial.

Zulkifli berkata, kaum wanita juga perlu berusaha untuk mengelakkan sebarang fitnah daripada berlaku. Tambah beliau, apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

“Justeru, kami melihat usaha Shell menarik kembali ‘standee’ berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.

“Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan,” katanya.

Menurut Zulkifli, mempamerkan akhlak mulia merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat.

“Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi,” katanya.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.