KONDUKTOR KERETAPI PUTUS KAKI KANAN KETIKA CUBA SELAMATKAN WANITA WARGA EMAS

| 11/07/2017 | 0 Comments

Seorang konduktor keretapi terputus kaki kanannya digilis kereta api selepas beliau berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas, lapor Shanghaiist.

Dalam kejadian di waktu tengah hari di pinggir daerah Chongqing pada Khamis lalu, Xu Qiankai, 29, ketika itu yang sedang memandu kereta api ternampak seorang wanita warga emas mahu melintas landasan itu tanpa menyedari kereta api yang semakin menghampirinya.

Xu segera menarik brek kecemasan dan membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada wanita itu. Malangnya wanita itu terkedu di tengah-tengah landasan.

Menyedari wanita itu akan dilanggar jika dia tidak bertindak, Xu tanpa ragu-ragu terjun dari kereta api dan berlari mendapatkan wanita itu dengan kereta api yang masih bergerak di belakangnya.

Xu berjaya menolak wanita itu tepat pada masanya, malangnya dia tidak sempat menyelamatkan dirinya. Akibatnya, Xu kehilangan kaki kanannya yang digilis kereta api jenis lokomotif itu.


Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published.