PERMOHONAN ONLINE RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2017 DAN 2018

| 01/08/2017 | 1 Comment

Permohonan online Rumah Peranginan Persekutan bagi tahun 2017 sehingga 2 Januari 2018 masih lagi dibuka. Berdasarkan pemantauan ammboi di laman web rasmi SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah masih terdapat banyak kekosongan Rumah Peranginan Persekutuan untuk dimohon.

Namun begitu, terdapat rungutan dari pemohon yang ingin melayari laman berkenaan. Ada yang mendakwa laman berkenaan sukar untuk ‘ditembusi’. Sukar membuat tempahan kerana masalah internet dan sebagainya.

Nasihat ammboi, layarilah laman SBBPH bukan dalam waktu pejabat. Kalau boleh antara jam 10 malam ke atas. Insya Allah, laman SBBPH akan mudah untuk ditembusi dan permohonan juga senang dilakukan.

Rugi kalau tak mohon. Bayaran untuk Rumah Peranginan Persekutan memang berbaloi-baloi. Penginapannya juga memang terbaik dan sangat memuaskan hati.

Berikut adalah senarai harga bayaran Rumah Peranginan Persekutan bagi tahun 2017 dan 2018*:

Ada yang memberitahu tidak tahu cara untuk membuat permohonan online. Ok, kalau dalam post sebelum ini ammboi dah tunjukkan langkah demi langkah untuk membuat permohonan online Rumah Peranginan Persekutan, kali ini ammboi akan tunjukkan sekali lagi.

KLIK SINI – – > RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN – TEMPAHAN ONLINE KINI LEBIH MUDAH

CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

1 – Sila ke laman http://www.bph.gov.my/

2 – Sila lengkapkan pendaftaran. Kemudian anda boleh LOGIN. Masukkan kad pengenalan anda serta kata laluan yang telah didaftarkan.

3 – Pilih RPP Premier/Eksekutif.

4 – Sekarang anda boleh pilih Rumah Peranginan Persekutuan yang ingin dimohon.

5 – Sila masukkan tarikh pilihan untuk tempahan. Sistem akan buat carian. Jika tiada. Satu status tiada kekosongan akan dipaparkan.

6 – Jika ada kekosongan, anda akan dibawa ke langkah seterusnya.

7 – Sila masukkan butiran tempahan.

8 – Hantar permohonan. Jika permohonan berjaya status akan dipaparkan.

9 – Sila buat pembayaran dalam tempoh 7 hari bagi mengelakkan pembatalan dan memuat naik slip pembayaran.

10- Pastikan anda mencetak butiran pengesahan tempahan.

Mudah sahaja kan untuk buat permohonan? Langkah-langkah di atas adalah merupakan permohonan yang sudah berjaya. Baru jer mohon sekitar jam 9.30 malam tadi (1 Ogos 2017).

Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk menginap di Rumah Peranginan Persekutan kakitangan awam ini. Memang sangat berbaloi-baloi dan puas hati!

SHARE JIKA INFO INI BERMANFAAT. TERIMA KASIH!


Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM, INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. rahmah says:

    ada atau tidak rumah peranginan persekutuan di kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published.