CARA SEMAK TRACKING POS LAJU MALAYSIA SECARA ONLINE

| 02/08/2017 | 0 Comments

Cara semak tracking Pos Laju Malaysia secara online! Apabila barangan kita diposkan menggunakan perkhidmatan Pos Laju Malaysia kita sebenarnya boleh menyemak status penghantaran barang berkenaan.

Dengan adanya sistem semakan online Pos Laju Malaysia ini, kita boleh mengetahui status terkini pengeposan barang tersebut dari masa ke semasa. Jadi, kuranglah sikit kerisauan mengenainya kan?

 

Antara maklumat yang boleh kita dapati menerusi semakan online tracking Pos Laju Malaysia ini adalah status bila barang tersebut dihantar atau diterima, lokasi terkini, proses penghantaran dan sebagainya.

Berikut adalah cara untuk buat semakan online tracking Pos Laju Malaysia tanpa perlu ke kaunter Pos Laju. Ia sangat mudah, menjimatkan masa dan mesra pengguna!

Langkah-Langkah Untuk Semak Tracking Pos Laju Malaysia Secara Online:

1- Sila ke laman web http://poslaju.com.my/track-trace-v2/

2- Masukkan nombor tracking kurier (consignment note) pada kotak semakan yang disediakan.

3- Jangan jarakkan nombor berkenaan.

4- Anda boleh semak sehingga 15 nombor serentak.

5- Jika semak lebih dari satu nombor asingkan dengan (;) atau enter.

6- Tekan butang ‘TRACK’ untuk semakan.

7- Status barangan yang dihantar dipaparkan.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, TEKNOLOGI, TUTORIAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.