CARA UNTUK BAIKI AIR MESIN BASUH PERLAHAN ATAU TERSUMBAT AGAR KEMBALI LAJU SEPERTI BIASA

| 07/08/2017 | 0 Comments

Sesiapa yang pernah alami masalah air mesin basuh perlahan, tersumbat atau tak keluar langsung tu mesti kena baca info ni. Kalau tak memang melayanglah duit samada kena bayar kos baiki anggaran sekitar RM200. Banyak tu!

Selain daripada duit melayang, banyak karenah lagi kena hadapi. Samada nak kena angkat ke kedai atau kena panggil tukang datang ke rumah. Biasanya harga lagi mahal lah kalau tukang datang ke rumah.

Tapi, menerusi perkongsian dari Mazuan Lin, dia telah kongsikan langkah-langkah dan cara bagaimana nak betulkan semula mesin basuh agar saluran air yang tesumbat atau rosak dapat dibetulkan kembali dengan kos yang jauh lebih rendah!

Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Air Masuk Perlahan Ke Mesin Basuh

Ni rupa air yang slow tu. Sebenarnya video ni panjang lagi tapi aku dah terpotong lak.

Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.

Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.

Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni. Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.

AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!

Sebab aku rajin, aku ambik gambar siap letak caption sekali untuk korang ikut kalau ada problem yang sama.

1. Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah.

2. Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.

3. Kadang-kadang air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.

4. Bukak skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.

5. Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.

6. Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.

7. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.

8. Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja.

9. Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.

10. Hos air jangan lupa sambung pulak.

Wallaa…. lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.

p/s: Mudah jer. Jimat banyak dah tu.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.