HUKUM BERMAIN APLIKASI RAMALAN DI FACEBOOK

| 08/08/2017 | 1 Comment

Isu ini dah lama ammboi tegur saudara mara, sahabat dan sesiapa sahaja yang berkenaan. Jangan layan ‘aplikasi ramalan’ yang berlambak kat dalam Facebook tu. Ya, benda tu memang untuk suka-suka dan sebagainya namun kesannya memang mengejutkan.

Bila bermain permainan aplikasi ramalan berkenaan, anda akan termasuk salah satu daripada 2 keadaan. Ianya adalah ;

1 – Bermain tapi tak percaya.
2- Bermain dan percaya.

Apa hukum setiap keadaan di atas?

Jom sama-sama baca.

1 – Bermain Tapi Tak Percaya.

Hukum – Haram dan solat tak diterima 40 hari.

Dalil –

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka shalatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim no. 2230,)

2- Bermain & Percaya.

Hukum – Syirik dan kufur.

Dalil –

مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia berarti telah kufur pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” (HR. Ahmad no. 9532. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Berikut pula adalah petikan dari laporan Bernama mengenai aplikasi ramalan.

PERMAINAN RAMALAN DI LAMAN SOSIAL HARAM

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah.

Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar ‘like’ game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun ‘update’ status game yang mereka main.

Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Islam.

“Perlu tengok isu kerana dalam Islam perkara yang berkaitan aqidah tidak boleh dibuat suka-suka. Yang betul itu mungkin kebetulan sahaja,” katanya.

Antara soalan ramalan yang mendapat sambutan ramai di laman sosial ialah seperti “Siapakah yang sedang ‘stalk’ FB anda?”, “Siapakah bakal pasangan anda?” dan “Berapa ramaikah anak yang bakal anda miliki?”.

Profesor di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad menjelaskan bahawa sekiranya isu tersebut boleh melibatkan kepercayaan dan pegangan seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya, ia dikira sebagai melibatkan isu aqidah.

“Saya berpandangan ia boleh dianalogi sebagai mempercayai kepada ramalan yang sangat dilarang oleh Islam.

“Ini boleh dirujuk Surah al-Ma’idah ayat 3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud “Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang ramalan, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad,” katanya.

Jom mulai hari ini kita berhenti bermain aplikasi ramalan. Main aplikasi lain, banyak yang dibolehkan. Kerana ilmu ghaib, hanya Allah yang tahu. Tak sepatutnya kita nak cuba-cuba, walaupun hanya niat nak mencuba atau sekadar gurauan.

Sebarkan supaya lebih ramai umat Islam tahu dan faham mengenainya. Insya Allah. [Kredit: Arie Dwen]


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.