10 TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

| 04/09/2017 | 2 Comments

Cameron Highlands masih merupakan lokasi percutian yang wajib dikunjungi di negara kita Malaysia. Panduan di bawah bagi ammboi sesuai bagi mereka untuk rujuk tempat-tempat menarik yang ada di Cameron Highlands.

Anda boleh baca sepenuhnya perkongsian daripada Nur Fadhilah Abd Rani yang sempat berkunjung ke Cameron Highlands pada Khamis lepas.

Semoga perkongsiannya ini memberi manfaat kepada kita semua.

Selamat membaca!

AWAS post ini sangat panjang tapi insyaAllah berbaloi untuk siapa yang berhajat ke Cameron.

Kita mula dengan Bismillah.

1.CAMERON VALLEY TEA HOUSE

Antara Cafe terawal kita jumpa kalau naik dari Tapah. Dah penat naik pusing pusing singgah minum teh dulu.

Memang best minum teh tarik sini sambil tengok view ladang teh yang luas. Tak jemu mata memandang.

Boleh kata teh tarik sini sedap. Kalau nak jalan jalan ke ladang teh pun boleh FREE sahaja.

2. BOH CENTER SUNGAI PALAS

Yang ini kena drive ke dalam sikit dan skill driving kena power sebab jalan sempit bengkang bengkok di tepi cerun bukit.

View sepanjang jalan adalah ladang teh. Memang cantik. Cengginii haa..

Sampai tempat parking kita kena mendaki sikit naik ke atas untuk ke tempat BOH tu. Boleh tahan penat jugak.

Dekat atas tu ada Cafe, kedai jual produk BOH, infomasi cara memproses daun teh dari daun sampai lah ke serbuk.

Dan boleh tengok secara LIVE dengan melawat ke kilang prosesnya. Masuk PERCUMA saja.

View di BOH center ni kena pandai cari angle sebab waktu saya datang banyak daun teh yang sudah warna coklat. Mungkin dalam proses untuk tanam yang baru.

3. MARDI

Mardi ni tempat dia luas. Lebih kepada tanaman yang MARDI tanam.

Contoh macam anggur, strawberry, Epal, bunga ros,dan macam macam lagi tanaman yang sesuai dengan suhu sejuk.

Siap ada surau, tandas dan beberapa kemudahan lain.

Cantik untuk tangkap gambar sebab banyak jenis tanaman yang kita jarang jarang jumpa, ada dekat sini.

FEE: RM 6 untuk dewasa. Budak tak ingat pasal tak bawak budak heee.

4. TAMAN AGRO TOURISM

Lebih kurang macam MARDI tapi sini lebih padat dengan tanaman sayur dan juga bunga.

Nampak fresh dengan warna salad yang hijau dan juga warna bunga yang macam macam warna.

Masuk PERCUMA.

5. LAVENDER FARM

Siapa suka warna purple ini lah syurga diorang. Memang cantik.

Dia bukan tanam lavender saja banyak lagi jenis bunga warna lain.

Sini juga banyak angle yang cantik untuk tangkap gambar.

FEE: RM 10

6. TAMAN SEDIA

Sini ramai penduduk melayu. Banyak strawberry farm milik bumiputra. Kalau nak makan breakfast atau nasi berlauk boleh cari dekat sini.

Tempat lain serius susah nak dapat nasi berlauk.

Macam saya breakfast di Cafe Abang Strawberry. Support kawan punya bisnes. Yang special nya ada sambal strawberry. Sedap. Boleh try.

Sini juga boleh petik buah strawberry. Ada FEE tapi tak ingat berapa. Sebab tak masuk pun haritu sebab pernah masuk dulu.

Selain Abang Strawberry ada cafe YZ strawberry farm. Yang best nya ada aiskrim malaysia strawberry. Sedap gilaaa rugi kalau tak cuba.

Tempat lain ada tapi tak sesedap dekat sini.

7. TIME TUNNEL

Ini bukan ladang tanaman atau sayuran.

Sini koleksi barangan lama. Siapa suka barangan antik atau nak menggamit memori zaman kanak kanak boleh singgah sini.

FEE RM 6 tak silap. Murah saja tapi berbaloi.

Boleh tengok gambar contoh barang lama yang ada di sini.

8. Tempat MAKAN di WAKTU MALAM

Malam di Cameron macam tak tahu nak jalan mana sangat. Sebab dekat sini majoriti tutup awal. Pukul 6 or 7 banyak cafe cafe dah tutup.

Jadi malam famous dengan STEAMBOAT & GRILL. Yelah sejuk sejuk memang best makan makanan panas.

Banyak tempat steamboat yang kami nampak. Tapi kami pilih ke STEAMBOAT ABANG STRAWBERRY. Support member 💪🏻

Lokasi dia Belakang stesen bas Tanah Rata. Boleh pakai waze. Rate harga standard lah makan steamboat. Kat tempat lain.

9. Beli belah barangan dari Cameron

Kalau pergi cameron mesti nak beli buah tangan untuk bawak balik.

Boleh jalan jalan ke KEA FARM, sini memang deretan gerai jual sayur sayur dari cameron dan juga buah strawberry. Buka setiap hari.

So kena pandai lah survey harga dulu. Takdelah dah beli strawberry gerai ni RM 25 lepas tu jalan depan sikit tengok tengok gerai sebelah jual RM 20. Kan dah sakit hati tu heheh.

1 benda special dekat KEA Farm ni strawberrt coklat dia. Cari di bahagian awal awal masuk. Mesti try.

10. TEMPAT TEMPAT cantik untuk tangkap gambar.

Haritu viral hotel smurf inn di Cameron cantik sangat. Ya memang cantik.

Sebenarnya kita boleh masuk tempat tempat cantik macam tu tak perlu check in ataupun bayar.

Cakap saja pada guard nak tangkap gambar. Diorang faham sangat.

Dan kalau nampak tempat cantik just singgah kejap untuk snap picture 2 3 keping and jalan. Itu lah yang kami buat sepanjang di sana.

Ok ini antara pengalaman saya bercuti ke Cameron Highland Khamis lepas. Saya pergi 2 hari 1 malam. Pergi empat orang saja.

Saya nak kongsikan tips tips lain contoh macam hotel, berapa budget, apa yang perlu bawa, dan juga jenis pakaian yang sesuai untuk di pakai.

Kalau korang nak saya kongsikan, just komen NAK dekat bawah. Sebab kalau ramai nak baca baru saya share.

So thanks for reading until here and enjoy click on the picture. Jumpa lagi.

Kredit : Nur Fadhilah Abd Rani

Kalau anda semua nak info selanjutnya kenalah ke laman Facebook Nur Fadhilah yer!

Terima kasih!


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA, VIRAL TERKINI

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Kaey supuan says:

    Bole share tak iti oehi 2d 1n stay kt cameron highland n tempat2 yg best kita g sbb ms agak terhad kan.. sy cdg nk naik ikut simpang pulai ok tak

  2. hotel murah says:

    naturally like your web-site however you need to check
    the spelling on several of your posts. Many of them are rife with spelling problems and I
    in finding it very bothersome to tell the reality nevertheless I will certainly come back again.

Leave a Reply

Your email address will not be published.