MAGGI TELUR SOTONG PANTAI SENOK KELANTAN MEMANG SEDAP!

| 07/09/2017 | 2 Comments

Jalan-jalan cari makan antara fokus utama apabila berkesempatan pulang ke kampung. Ketika bercuti sempena Aidil Adha baru-baru ini, ammboi bersama keluarga sempat berkunjung ke sebuah kedai makan yang sedang popular ketika ini iaitu Maggi Telur Sotong Pantai Senok!

Jarak dari rumah ke kedai makan berkenaan kira-kira 30km berpandukan aplikasi Waze. Berdasarkan maklumat awal, ia akan mula beroperasi pada jam 2 petang setiap hari (kecuali Selasa – tutup).

Maka kira-kira jam 1 petang kami pun bertolaklah dari rumah. Anda boleh cari Kak Zah Pokok Kelat Maggi Telur Sotong dalam aplikasi Waze. Memang terbukti ada, jangan risau.

Semasa perjalanan ke kedai Kak Zah Maggi Telur Sotong Pantai Senok, anda mungkin akan ragu-ragu kerana perjalanannya memang akan melalui kawasan kampung dan sebagainya. Tak sangka ada kedai ini kat sini.

Sebagai peringatan, jika anda tidak mahu menunggu ‘terlalu lama’ pastikan anda berkunjung lebih awal. Ketika tiba ke kedai berkenaan kira-kira jam 2 petang, meja yang disediakan sudah hampir penuh.

Kemudian kami memesan hidangan yang sudah tentunya Maggi Telur Sotong Udang Galah beserta minuman yang dikatakan popular iaitu Teh Beng Madu dan Bandung Pelangi. Waktu menunggu memang agak lama. Sehinggakan minuman yang sudah sampai terlebih dahulu hampir habis.

Mungkin penyediaan yang rumit dan memastikan hidangan yang disediakan mengikut kualiti yang ditetapkan maka kami terus bersabar menantikan detik ketibaan Maggi Telur Sotong Udang Galah.

Nah, inilah dia Maggi Telur Sotong Udang Galah yang ditunggu-tunggu. Nampak telur sotong dan udang galah dalam gambar ini pun boleh buat ammboi terliur. Memang sedap!

Harga untuk setiap hidangan tidaklah terlalu mahal dan berpatutan. Untuk hidangan Maggi Telur Sotong dan seangkatan dengannya harga sekitar RM10 ke RM15. Harga minumannya juga berbaloi-baloi.

Untuk makluman, sesi jamu selera kali ini ditaja oleh biras ammboi. Terima kasih yer. Lain kali boleh belanja lagi. Oh, biras ammboi ni ada bengkel kereta yang terletak di Bangi. Mana-mana yang berdekatan tu silalah berkunjung ke PitStop AutoGarage Bangi!

p/s: Kalau datang lambat kena beratur panjang tau. Siap ada nombor lagi… huhu..


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: JOM MAKAN, VIRAL TERKINI

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. studio de tattoo em quitauna | 09/10/2017
  2. how do i set my computer to factory settings windows 8 | 14/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published.