7 REMAJA DITAHAN DAN KRONOLOGI SERTA PUNCA BAKAR PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH TERSEBAR

| 16/09/2017 | 0 Comments

Polis telah menahan tujuh remaja termasuk lima suspek utama bagi membantu siasatan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat kelmarin.

Memetik laporan Berita Harian Online, daripada tujuh yang ditahan, lima daripada remaja berkenaan dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber berkata, penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

“Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan. Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kemudian dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz, dengan membawa naik tong gas, tilam ke tingkat tiga.

“Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol,” katanya.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.

Laporan berkenaan juga menyebut, pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi Khamis lalu, 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar.

Sebahagian mangsa ditemui rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Semua mangsa berusia antara enam hingga 16 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menafikan berhubung tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, semua persoalan itu akan dijawab pada sidang media yang akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pagi esok.

 

Berikut pula adalah KRONOLOGI kejadian berkenaan yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA TUAN.

KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT, KL

NO REPOT: XXX XXX: XXXX/XX
TARIKH: 14/09/17 MASA: 0652 HRS
SEK 435 KK & SEK 302 KK
IO: XXX XXXX XXXXX BIN XXXX XXXXXXX

MANGSA:
23 KEMATIAN (21 PELAJAR DAN 2 WARDEN)
07 CEDERA (PELAJAR)

TANGKAPAN
1) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (A)
NO.KPT:XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

2) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (J)
NO.KPT :XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

3) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (S)
NO.KPT :XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

4) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (I)
NO.KPT :XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

5) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (D)
NO.KPT :XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

6) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (L)
NO.KPT : XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

7) NAMA: XXXXXXXXXXXXX (K)
NO.KPT : XXXXXXXXXXXXX
UMUR : XX TAHUN

PUNCA KEJADIAN: SELISIH FAHAM ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN SEKUMPUL (5) LELAKI MELAYU (OKT)

FAKTA KEJADIAN

BEBERAPA HARI SEBELUM KEJADIAN BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN A, J, S , I, DAN D. OKT-OKT MEMAKLUMKAN MEREKA TELAH DIEJEK DAN TIDAK BERPUAS HATI DAN INGIN MEMBALAS DENDAM. S DAN J BERPAKAT UNTUK MEMASUKI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN UNTUK MENCURI HANDPHONE DIDALAM ASRAMA PUSAT TAHFIZ ITU.

PADA PAGI 14/09/2017 JAM LEBIH KURANG 02:30 HRS KESEMUA OKT TELAH BERKUMPUL DI KEDAI MINUM CEK MEK MOLEK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH BERBINCANG UNTUK MEMBAKAR SEKOLAH TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. SETELAH ITU SEMUA TELAH BEREDAR.

PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:00 HRS S BERSAMA A PERGI MEMBELI MINYAK PETROL DI STESEN MINYAK PETRON DAMAI DAN MENGISI MINYAK PETROL DIDALAM SEBOTOL AIR MINERAL YANG BESAR.

PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:30 HRS TELAH BERKUMPUL KEMBALI DIPADANG BELAKANG PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. L DAN K TELAH NAMPAK A MEMEGANG SEBOTOL MINYAK PETROL DIPERCAYAI UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. K TELAH MEMANJAT MEMASUKI PEJABAT PPIM KERANA MAHU TIDUR.

PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:40 HRS A BERSAMA A DAN J TELAH MEMASUKI PUSAT TAHFIZ MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT MANAKALA I DAN D MENUNGGU DILUAR PAGAR SEBELAH BELAKANG PUSAT TAHFIZ. SELEPAS ITU, S DAN J MENDAPATI PINTU MASUK BILIK ASRAMA BERKUNCI DAN TIDAK DAPAT DIBUKA, LALU A BERSAMA S DAN J KELUAR SEMULA DAN TELAH TURUN KE TINGKAT 1 DAN MENGAMBIL SEBUAH TILAM DAN MELETAKKAN KE PINTU MASUK ASRAMA DITINGKAT 2, SELEPAS ITU A, S DAN J TELAH PERGI KE KIOSK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH MEMECAH MASUK KIOSK BERKENAAN DAN MENCURI (2) TONG GAS BERWARNA MERAH DAN HIJAU LALU MEMBAWA TONG GAS BERKENAAN NAIK KE TINGKAT 3 PUSAT TAHFIZ DAN TELAH MELETAKKAN (1) TONG GAS SECARA BERDIRI DAN (1) TONG GAS SECARA BARING MENGHALA KE PINTU ASRAMA. S TELAH MENCUCUK DENGAN MENGUNAKKAN LIDI DI MUNCUNG KEPALA GAS SUAPAYA GAS KELUAR MENHALAKAN KEARAH PINTU DAN A TELAH MENCURAHKAN MINYAK PETROL DIHADAPAN PINTU MASUK ASRAMA HINGGA KEBAWAH DAN TELAH MENYALAKAN API MENGGUNAKAN PEMETIK API SETERUSNYA A, S DAN J MELARIKAN DIRI KELUAR DARI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN.SELEPAS ITU, I DAN D JUGA TELAH MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN MOTOSIKAL JENIS YAMAHA LAGENDA WARNA KELABU, A MENAIKI MOTOSIKAL SUZUKI RG SPORT SEORANG DIRI DAN S DAN J MENGUNAKAN MOTOSIKAL YAMAHA LAGENDA WARNA HTAM BIRU MENGHALA KERUMAH MASING-MASING.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN TUAN.

(Mohon pengesahan)

Kalau benar apa yang dilaporkan, tindakan remaja-remaja berkenaan memang kejam. Mereka sememangnya berniat untuk membunuh dan wajar dikenakan tindakan.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.