KAMERA TELEFON ANDROID LEBIH BAIK DARIPADA IPHONE? PENGGUNA IPHONE PANTANG DITEGUR?

| 23/09/2017 | 0 Comments

Isu ini dah lama ammboi perhatikan. Kalau ada yang buat perbandingan antara telefon pintar berasaskan Android dengan Apple iPhone memang akan jadi isu besar. Apatah lagi kalau ia ‘melemahkan’ kehebatan iPhone.

Terbaru, menerusi sumber media sosial terdapat satu perkongsian mengenai kelemahan kamera iPhone. Perkongsian itu dibuat oleh Mohd Rasidi Rahim menerusi akaun Facebook peribadinya.

Menurut Rasidi, beliau sangat kecewa dengan keupayaan kamera iPhone miliknya jika dibandingan dengan Oppo R9s. Jelasnya, kualiti gambar yang dihasilkan oleh R9s lebih baik berbanding iPhone sedangkan terdapat perbezaan harga yang begitu ketara antara dua model berkenaan.

iPhone lebih mahal berbanding Oppo R9s…

Ya, harga untuk kedua-dua model berkenaan memang sangat ketara. Namun jelasnya kualiti yang diberikan oleh kamera iPhone yang lebih mahal berbanding R9s sangat mengecewakan dari pelbagai aspekl

Berikut adalah perkongsian penuh dari Rasidi;

Last day iphone 7

Real time photo masa kat pelamin. Kau x rasa nk simpan ke iphone 7 tu.. malu beb.. lagi satu, kalau group photo n minta photog amikkan gmbr, carilah org guna vivo atau oppo.. bridal pun aku cdgkan guna vivo kalau nk amik gmbr pengantin korang kat pelamin. Harga jauh lagi murah dh gmbr super padu cantik.

Makin dekat aku nk hijrah , makin aku dpt jawapan. Aku start guna iphone dr 1p4 lagi. Pastu upgrade ke5s, 6 n last iphone 7. Tp aku rasa sgt2 kecewa khususnya dlm foto. Byr dkt 4 ribu masa dia kluar dulu, tp hampeh. Cukuplah dgn statement, aku pakai iphone. X pun rasa ‘org beli bukan pasal camera je, tp sbb processor’.kau buat apa dgn phone tu? Hacking? Jadi server? Mesin rentas masa?mostly amik gmbr n video kan?trending sekarang, selfie..Seriously. Carilah lain. Masalah lag? Try xiomi, mi mix2 tu padu beb. Last word, sayonara iphone..

Update sikit:

Alasan lain sbb aku nk hijrah ialah aku nk cri phone yg boleh

  • masuk dua sim.penat nk bawa 2 phone

  • multitasking( iphone boleh cuma kn jailbreak)

  • kuat tarik signal.

  • user friendly tanpa ada lag

  • harga jgn lebih 2700

  • water resist n sado. Jatuh pun steady

Namun begitu, perkongsian dari Rasidi mendapat lebih dari 1000 share dari pelbagai pengguna telefon pintar. Ia tenyata tidak dipersetujui oleh penggemar tegar iPhone. Mereka menjelaskan apa yang Rasidi dakwa tidak benar dan kelemahan itu terhasil daripada kegagalan Rasidi mengendalikan iphone miliknya.

Menurut Hazi Aziey, “Ini nama nya sembang. Kalau dh pkai iphone since zaman ip4,5,6 and 7 ni mesti tau teknik nak ambik gmbar pkai iphone. Lagi2 iphone 7.. aku pkai 7 elok je.. ambik gambar kawen org kat pelamin molek je. Kalau suruh org yg xtau mmg jd mcm gmbr ni.haha.. And lg 1 kau tak pndai adjust lighthing haha!”

Azreena Azmi pula berkata, “Wahai pengguna2 telefon pintar sekalian, jangan la buat perbandingan mcm ni. Apa jua hasil foto yg diambil semua bergantung pada ‘creativity’ seseorang individu. Kalau tidak, tidak lahirlah insan yang bergelar ‘Photographer’ . Kalau pakai DSLR sekali pun, jika tidak tahu apa itu ‘bokeh’ takkan jadi gambaq belakang blur siap ada seakan lampu bulat2 dibelakang. Sekian terima kasih.”

Ada penggemar iPhone mendakwa gambar dari kamera Android seperti Oppo dan Vivo banyak yang ‘plastik’ dan tak natural. Imej yang dirakam bukanlah imej sebenar dan ‘palsu’. Alamak…

Bagi pengguna Android pula, mereka mendakwa penggemar tegar iPhone memang pantang ditegur. Sedangkan ia hak peribadi seseorang untuk menyuarakan pendapat.

Jadi, apa pula reaksi anda?


Tags: , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI, VIRAL TERKINI

Leave a Reply

Your email address will not be published.