PENJELASAN JKM MENGENAI LAUK SARDIN DAN TAUGEH KEPADA MANGSA BANJIR DI PERLIS

| 25/09/2017 | 1 Comment

Tindakan seorang wanita memuat naik entri dalam laman sosial Facebook kerana tidak berpuas hati dengan menu makan tengah hari nasi lauk ikan sardin dan tauge di sebuah pusat pemindahan di Perlis mendapat komen negatif nitizen.

Difahamkan wanita itu merupakan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bintong memuat naik perihal menu makanan itu semalam sehingga menjadi tular dalam laman sosial.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Mohammad Hazam Ismail berkata, menu berkenaan merupakan hidangan tambahan kerana menu asal iaitu gulai ‘ikan ketul’ tidak mencukupi.

“JKM Perlis menyediakan 2,500 pek makanan untuk mangsa banjir namun semasa kejadian makanan tidak mencukupi,” katanya dipetik laporan Kosmo!.

Ikan ketul ialah ikan merah, jenahak atau tenggiri sementara ikan sardin dalam tin dijual RM2.50 hingga RM9 bergantung pada saiz, jenama dan jenis ikan.

Selain itu, ini pula penjelasan dari Syam Gema yang berada di lokasi penyediaan makanan untuk mangsa banjir.

Oleh kerana saya ada di tempat masak utk mangsa banjir, saya nk tolong jwb kenapa dia dapat sardin dan taugeh. Utk pengetahuan kak dan yang lain, menu tengahari tadi adalah gulai ikan nyoqnyoq dan taugeh tu.

Oleh kerana ada pemintaan tambahan, ikan nyoqnyoq habis. Nak p cari takdan dh. Kedai runcit sebelah tempat masak ni ja. So belilah sardin utk ganti ikan nyoqnyoq tu.

Untuk menu malam ni ayam goreng dan sayuq kubis. Apabila sayuq kubis habis, depa buat ayam masak kicap sbb nk bg ada kuah. Dalam masa sama dpt maklum kwsn di kg telok, behor gelam dan alor banat air naik disebabkan air pasang besar, ada permintaan makanan lagi.

Ayam dh habis. Maka terpaksa guna sardin dan telor rebus utk sedikit permintaan tambahan tu. Untuk makluman, Yayasan Pok Kassim adalah pusat operasi memasak untuk semua pusat dan penempatan banjir tak kira yg berpindah atau tidak berpindah.

Utk di pusat pemindahan geng JKM dtg ambil mknn. Manakala yg tak berpindah anggota JPAM pergi antar dimana saya turut serta bersama. Kami hantar di khemah2 yg jkkk buat tepi jalan.

Geng jkkk akan maklum kpd penduduk yg tak pindah utk dtg ambil nasi di khemah tersebut. Ketua chef memasak adalah abg2 askar rejimen 504. Depa bermalam tido dalam khemah dekat ypk ni.

Setiap hari seawal jam 4 pg depa dh bgn utk sediakan sarapan p. Mereka dibantu sukarelawan dari APM, student unimap, ikbn, uitm dan sukarelawan ypk. Esok pagi menu bihun goreng ya. Sekian tq.

Semoga penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar di lokasi kejadian. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Itu rezeki namanya. Semoga mereka yang terlibat dengan misi bantuan banjir terus tabah dalam memberi sumbangan anda.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. download game pes 2017 pc | 14/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published.