KES BAKAR PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH SELESAI – POLIS

| 26/09/2017 | 0 Comments

Sudah pasti berita mengenai perkembangan kes bakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur amat dinantikan ramai. Semua ingin tahu apakah yang sebenarnya berlaku dan apa tindakan yang dikenakan kepada pesalah.

Hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najimuddin berkata kertas siasatan berhubung kebakaran pusat tahfiz berkenaan pada 14 September lalu yang meragut 23 nyawa telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara semalam.

Jelasnya siasatan terhadap kes itu yang melibatkan tujuh suspek berusia 11 hingga 18 tahun telah siap sepenuhnya dan polis sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwaan.

“Kita telah hantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara dan sedang menunggu arahan selanjutnya termasuk tindakan atau pertuduhan terhadap mereka (suspek-suspek) itu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan dibaca bersama khianat dengan api (Seksyen 435 Kanun Keseksaan),” kata beliau dipetik laporan Kosmo! Online.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.