ATLET TERJUN WANITA NEGARA DAKWA DIPERKOSA JURULATIH

| 03/10/2017 | 1 Comment

Dalam kes ini, ammboi berpendapat boleh juga pakai pepatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Begitulah yang dilalui oleh atlet terjun wanita negara yang sepatutnya dijaga oleh jurulatihnya namun perkara sebaliknya pula berlaku.

Memetik sumber berita hari ini, seorang atlet penerjun wanita negara mendakwa diperkosa oleh jurulatihnya. Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 26 September lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa sedang berehat di tepi kolam di kompleks sukan terbabit. Mangsa kemudiannya diarahkan oleh ketua jurulatih terbabit ke ‘dry gym’ untuk mengambil kerusi dengan ditemani seorang jurulatih lain untuk membantunya.

Bagaimanapun dalam ‘dry gym’ itu, mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk menemaninya sebelum dia dipeluk. Mangsa menolak namun suspek bertindak di luar kawalan apabila menariknya ke dalam tandas.

Atlet itu diperkosa dan diugut supaya tidak memberitahu kejadian terbabit kepada sesiapa. Susulan kejadian itu, mangsa dan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memaklumkan seorang jurulatih warga tempatan berusia 35 tahun ditahan di Kompleks MSN, hari ini.

“Mangsa membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Suspek kini sedang direman selama lima hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Vba emulator free download | 19/10/2017

Leave a Reply

Your email address will not be published.