PETRON NAFI PROMOSI HARGA RON95 RM1.85 SELITER

| 09/11/2017 | 0 Comments

Sebagaimana yang kita maklum, bermula pada jam 12.01 pagi 9 November 2017 harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat 7 sen, menjadi RM2.31 seliter dari RM2.24.

Manakala harga runcit bagi petrol RON97 pula naik 6 sen, menjadi RM2.60 dari RM2.54 seliter. Harga diesel pula naik 3 sen, menjadi RM2.20 dari RM2.17.

Bagaimanapun kecoh di media sosial apabila ada pihak menyebarkan sekeping gambar dengan kenyataan ‘Petron umum penurunan harga RON95 kepada RM1.85 di Petron seluruh Malaysia’.

Memetik sumber, Petron Malaysia (Petron) hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan syarikat itu menawarkan harga petrol RON95 serendah RM1.85 seliter berbanding harga pasaran sebenar, RM2.31 seliter.

Petron melalui laman rasmi Facebooknya menasihati supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan penularan makluman palsu berkenaan.

“Petron atau mana-mana wakil pihak Petron tidak pernah mengeluarkan kenyataan begini. Sila abaikan poster tersebut kerana ia adalah tidak benar. Terima kasih kerana melaporkan kepada kami akan perkara ini. Kami telah melanjutkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dipetik sumber.


Tags: , , , , ,

Category: ADMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published.