CEO PROTON CADANG TUKAR NAMA PROTON KEPADA BAHASA CINA

| 26/11/2017 | 1 Comment

Sebagaimana yang kita maklum, pihak DRB-Hicom telah menjual sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) pada 24 Mei lalu.

Geely merupakan sebuah syarikat gergasi automotif dari negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Ia sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Seperti biasa, ada yang setuju dan ada juga yang membantah penjualan saham berkenaan kerana bimbang kehilangan syarikat pengeluar kenderaan nasional itu.

Nampaknya kebimbangan orang ramai hampir menjadi. Dalam satu info terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.

Sumber — FMT


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Lokman Hakim says:

    Cantik nama tu…cuma sayang juga nma proton ditukar

Leave a Reply

Your email address will not be published.