PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2018 BERMULA ESOK!

| 26/11/2017 | 0 Comments

Ini sudah tentu berita yang menggembirakan bakal dan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M bagi tahun 2018. Untuk makluman semua, permohonan dan kemaskini BR1M 2018 akan dibuka mulai 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan. Permohonan atau kemaskini maklumat untuk BR1M 2018 boleh dibuat melalui kaedah berikut:

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BR1M 2018

Kaedah 1 – Permohonan secara manual atau pengisian borang.

  1. Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
  2. Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan melalui laman sesawang rasmi BR1M di alamat — https://ebr1m.hasil.gov.my

Kaedah 2 – Permohonan kemaskini atas talian.

  1. Permohonan atau kemaskini boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang rasmi BR1M di alamat — https://ebr1m.hasil.gov.my

Menurut kenyataan media tersebut, pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru bagi mendapatkan BR1M 2018.

Selain itu, bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan bahawa, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain.

Maklumat yang sahih tentang BR1M hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

Pemberian BR1M 2018 Diharap dapat membantu meringankan beban kos sara hidup Rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emailkan kepada br1m@treasury.gov.my.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.