KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN – DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA DENDA MURID BERMASALAH?

| 18/12/2017 | 0 Comments

Sebenarnya menjadi guru pada zaman sekarang cukup susah. Jika terlalu fokus untuk mendidik, guru pula yang dipersalahkan kerana menghukum pelajarnya. Jika pelajar tidak berjaya, guru juga yang dipersalahkan atas kegagalan mereka.

Namun begitu, ia tetap diperjuangkan dengan penuh keikhlasan hati oleh barisan guru untuk terus cekal mendidik anak bangsa. Bila berjaya mereka tidak pernah minta dipuji. Tapi bila kegagalan menjelma, mereka tempat untuk meletakkan kesalahan.

Dalam isu terbaru, seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sebuah sekolah di Seremban dikenali sebagai Cikgu Azizan dihadapkan ke mahkamah kerana tegas dalam isu disiplin murid. Ramai yang masih belum tahu mengenai punca beliau didakwa di mahkamah dan apa sebenarnya yang berlaku?

Memetik sumber Pendidik2U, Cikgu Azizan didakwa di mahkamah kerana mendenda seorang murid yang merupakan pelajar di sekolahnya.

Berikut adalah KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN :

31 Oktober 2017 : Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017 : Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017 : Perbicaraan akan bermula.

Ternyata ramai yang memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan. Sama-sama kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini.

Kisah Cikgu Azizan ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi sokongan terhadapnya sekali gus mewujudkan tanda pagar #pray4cikguazizan.

Pada masa sama, netizen turut menolak tindakan ibu bapa itu didakwa cuba mengheret dan memperbesarkan perkara yang boleh diselesaikan dengan cara lebih baik tanpa melibatkan pihak mahkamah.


Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.