SENARAI LENGKAP NAMA DAN PROFILE PEMAIN IMPORT KELANTAN 2018

| 09/01/2018 | 0 Comments

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi musim baharu Liga Malaysia 2018 akan membuka tirai. Semua pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana pada musim 2018 nampaknya sudah hampir bersedia.

Senarai pemain sudah pun lengkap. Kini setiap pasukan sedang menyusun sebaik mungkin perlawanan persahabatan bagi memperkemaskan kerjasama dan kemantapan dalam pasukan antara semua pemain dan pihak pengurusan.

Begitu juga dengan pasukan bolasepak Kelantan. Senarai pemain tempatan dan import bagi musim ini nampaknya sudah di muktamadkan. Beberapa muka baru nampaknya telah di bawa masuk ke dalam pasukan.

Pemain import Kelantan juga di sahkan sudah lengkap. Bagi musim 2018, Kelantan akan di barisi oleh lima pemain import sebagaimana yang di tetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebagaimana yang anda semua maklum, Kelantan masih mengekalkan seorang pemain import musim 2017 iaitu Margaro Lima Gomis. Manakala, empat pemain import baru di bawa masuk iaitu Do Dong Hyun, Cassio Francisco De Jesus dan Bruno Da Silva Lopes.

Berikut adalah senarai lengkap pemain import Kelantan dan juga profile ringkas mereka :

1. Margaro Lima Gomis

  • Umur: 32 Thn
  • Asal: Paris, France
  • Posisi: Defensive Midfielder
  • Kelab Terdahulu :TRW 2017 (Kekal)

2. Do Dong Hyun

  • Umur: 24 Thn
  • Asal: South Korea
  • Posisi: Attacking Midfielder/ Winger
  • Kelab Terdahulu : UiTM FC

3. Cassio Francisco De Jesus

  • Umur: 29 Thn
  • Asal: Sao Paulo, Brazil
  • Posisi: Central Defender
  • Kelab Terdahulu : Semen Padang

4. Bruno Da Silva Lopes

  • Umur: 31 Thn
  • Asal: Curitiba,Brazil
  • Posisi: Striker
  • Kelab Terdahulu : Persija Jakarta

5. Ferdinand Alfred Sinaga

  • Umur: 29 Thn
  • Asal: Bengkulu,Indonesia
  • Posisi: Left Winger
  • Kelab Terdahulu : PSM Makassar

Bagaimana? Semoga pilihan pemain import kali ini adalah berdasarkan kualiti semasa dan bukannya dari ‘sejarah silam mereka’. Di harap pasukan Kelantan mampu bangkit dari beberapa musim yang suram.

Sama-sama kita kembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan!

Gomo Kelate Gomo!


Tags: , , , , , , ,

Category: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.