TM DAN TNB BATAL KERJASAMA SEDIAKAN INTERNET KELAJUAN TINGGI

| 25/07/2018 | 0 Comments

TM dan TNB batal kerjasama? Semua pelanggan Unifi dan Streamyx pastinya sangat teruja dengan pengumuman penyedia perkhidmatan internet, Telekom Malaysia (TM) yang mahu menaiktaraf kelajuan internet sediada sehingga 10 kali ganda tanpa sebarang kos.

Berdasarkan pengumuman itu, pengguna yang melanggan pakej Unifi 5 mbps hingga 20mbps akan menikmati kelajuan baru 100 mbps, 30 mbps kepada 300 mbps, 50 mbps kepada 500 mbps dan 100 mbps kepada 800 mbps.

Namun begitu, ada berita kurang menyenangkan mengenai kerjasama antara Telekom Malaysia Bhd dan Tenaga Nasional Bhd.

Memetik sumber berita NST, TM dan TNB telah membatalkan rancangan mereka untuk membantu mengembangkan akses internet berkelajuan tinggi di seluruh negara dan mengurangkan kos perkhidmatan. Kedua-dua pihak sebelum ini menandatangani Memorandum Perjanjian bagi tujuan itu pada 16 Januari lalu.

Dalam makluman berkenaan juga, TM berkata, penamatan kerjasama itu tidak akan menghalang ia daripada menimbang kerjasama lain dengan TNB sekiranya terdapat peluang perniagaan pada masa depan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Adakah pembatalan perjanjian TM dan TNB ini tidak memberi kesan kepada pengumuman sebelum ini?

Setakat ini kalau nak semak status naiktaraf di laman web TM pun masih tak boleh. Nampaknya server TM berdepan ‘masalah besar’ apabila dibanjiri orang ramai. Jika tiada halangan, ada pelanggan akan menerima upgrade berkenaan bermula 15 Ogos 2018 ini.

Sama-sama kita nantikan.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Leave a Reply

Your email address will not be published.