Tags Posts tagged with "borang bantuan rm500"

borang bantuan rm500

6 538

PENERIMA BANTUAN JKM E-KASIH LAYAK TERIMA BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) | Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Isnin menjelaskan bahawa penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam satu kenyataan di sini Ahmad Husni berkata mereka perlu memohon bantuan RM500 itu dengan mengisi borang yang disediakan.

“Untuk makluman, mereka yang berada di dalam senarai e-Kasih adalah secara automatik layak untuk menerima BR1M,” katanya.

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) SINI

Ahmad Husni turut melahirkan rasa amat kesal dengan kesilapan fakta dan laporan berita mengenai bantuan itu yang disiarkan oleh media tempatan hari ini. Sehubungan itu Ahmad Husni berkata media tersebut telah diminta membuat pembetulan dan menyiarkan laporan yang tepat untuk mengelakkan rakyat keliru mengenai proses sebenar permohonan dan pendaftaran BR1M. Petikan : BERNAMA

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE | BORANG BR1M LHDN | Anda boleh download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara online disini. Kualiti borang mungkin amat rendah namun ammboi harap ini dapat membantu anda semua yang masih buntu mencari borang BR1M online ini.

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE

FILESONIC | LAMPIRAN 1 | LAMPIRAN 2

MEDIAFIRE | LAMPIRAN 1 | LAMPIRAN 2

TERBAIK —>>> DIRECT DOWNLOAD | LAMPIRAN 1 | LAMPIRAN 2

|

|

v

—> BORANG BR1M 2.0 ADA DISINI <—

DAFTAR BANTUAN RAKYAT RM500 MULAI 10 DISEMBER 2011 | Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember 2011 ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA SINI

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih. Bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini dan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. Sumber : Kosmo! Online

5 104

MEKANISME TENTUKAN SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN RAKYAT RM500 | Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen untuk menentukan sama ada penduduk itu layak menerima bantuan RM500.

Cara dan prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 :

  1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh download online , tengok di surat khabar atau pergi ke pejabat LHDN terdekat ) mulai Disember 2011 ini.
  2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
  3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau pun tidak.
  4. Wang bantuan isi rumah akan di kreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, berkata usaha ini bertujuan mencari mekanisme bagi memastikan proses memberi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah yang tidak mempunyai slip gaji dapat dilaksanakan selepas pengesahan pendapatan mereka. Sebelum ini, bantuan bernilai RM1.8 bilion itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 pada bulan lalu yang dijangka memberi manfaat kepada 3.4 juta isi rumah bagi meringankan beban mereka.

Sumber Cara dan Prosedur dari PuanBee.Com

6 129

BAYARAN BANTUAN RM500 KEPADA ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM3000 DISEMBER INI | Berita TV3 sebentar tadi ada menyebut mengenai pembayaran bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3000. Pendaftaran diperlukan untuk melalui proses tapisan kelayakan oleh pihak yang berkenaan.

Borang dan syarat lain mengenai permohonan akan dijelaskan kemudian. Kaedah pembayaran juga masih belum ditentukan lagi. Kemungkinan ia akan melalui pejabat pos atau beberapa bank terpilih seperti BSN dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, bantuan RM500 ini diumumkan oleh PM pada pembentangan Bajet 2012. Bantuan sebanyak rm500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.