Tags Posts tagged with "Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu"

Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu

2 118

PEMBERIAN SUBSIDI 50 PERATUS UNTUK 30,000 KEPING TIKET PENYOKONG TERENGGANU PIALA MALAYSIA 2011 | Hangat diperdebatkan mengenai harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 29 Oktober 2011 ini apabila FAM memutuskan untuk menjualnya dengan harga RM50 untuk semua jenis tempat duduk. Penyokong Negeri Sembilan telah melancarkan boikot terhadap tindakan FAM itu. Lain pula bagi penyokong skuad Terengganu. Kerajaan negeri Terengganu Selasa mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus terhadap 30,000 keping tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Untuk makluman penyokong Terengganu, tiket-tiket tersebut boleh ditempah dengan PBSNT mulai hari ini dan pengagihan juga akan dibuat melalui wakil-wakil rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan setiap peminat hanya dibenarkan membeli tiket 10 keping seorang sahaja. Kesemua tiket itu dijangka akan tiba di Terengganu esok dan penyokong yang telahpun membuat tempahan dan membayar RM50 untuk tiket itu akan dipulangkan sebahagian wang mereka semasa mengambil tiket berkenaan. Selain di pejabat DUN tiket juga boleh diperolehi di pejabat PBSNT di belakang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada waktu pejabat mulai esok. Di olah Dari Sumber : Bernama

TIKET FINAL BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2011 CEKIK DARAH? | Info terbaru yang ammboi terima, adanya pakatan untuk ‘boikot’ Perlawanan Akhir Piala Malaysia 29 Oktober 2011 ini. Ini berikutan harga tiket yang ditetapkan FAM dikatakan CEKIK DARAH dan melampau mahal harganya. Berbanding dengan Final 2011, tiket dijual cuma RM30 untuk tempat duduk biasa manakala RM50 untuk berbumbung. Ketika itu peminat masih lagi mempunyai ruang untuk memilih tiket mana yang termampu. Kini FAM meletakkan harga sama rata untuk semua jenis tempat duduk kepada RM50!

Alasan FAM adalah kerana jika harga tiket berkenaan dibezakan, peminat tetap melanggari syarat yang dikenakan. Iaitu penyokong yang membeli tiket biasa mengambil kesempatan untuk memasuki tempat duduk granstand. Alasan yang langsung tidak munasabah. Itu cuma segelintir dan bukannya semua penyokong yang beli tiket ‘murah’ ni tak reti bahasa ataupun ‘kekandak’!.

Walaupun ammboi tak ada kena mengena dengan isu tiket ni (sebab Kelantan tak ke Final) tapi ammboi faham perasaan penyokong kedua-dua pasukan negeri ( Terengganu vs Negeri Sembilan ). Dah la kos pengangkutan lagi, penginapan (tupun ada yang tidur dalam bas atau surau sebab nak save bajet) dan sebagainya. Harap FAM buka mata dan nilaikan semula kenaikan harga tiket berkenaan. Jangan jadikan arena bola sepak negara ni landasan untuk berbisnes semata. Kalau tak, sampai bila negara nak “Majulah Dalam Sukan”! Sumber Gambar: facebook (tak pasti milik siapa)

TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU MULA DIJUAL ESOK | Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 ini. Penjualan tiket Final Piala Malaysia Negeri Sembilan vs Terengganu akan dijual mulai esok melalui persatuan bola sepak negeri masing-masing.  Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Peminat serta penyokong kedua-dua pasukan juga boleh membeli tiket secara online melalui www.tickethotline.com.my. Penebusan tiket yang dibeli secara online hanya boleh dilakukan oleh orang yang membuat transaksi. Berkenaan harga tiket bagi ammboi agak mahal berbanding edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.