Tags Posts tagged with "info banjir pahang"

info banjir pahang

0 107

INFO BANJIR | HUJAN DIJANGKA BERTERUSAN DI KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, PERLIS DAN KEDAH | Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat di Terengganu, Pahang dan Kelantan dijangka berterusan sehingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.

INFO BANJIR TERENGGANU DAN PAHANG

Hujan sedemikian di Terengganu dijangka berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman sementara di Pahang di daerah Kuantan dan Pekan

INFO BANJIR KELANTAN

Kelantan pula di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

INFO BANJIR PERLIS DAN KEDAH

Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana pula turut diramal berlaku sehingga esok di Perlis iaitu di Padang Besar, Kangar dan Arau sementara di Kedah di Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.

KENYATAAN JABATAN METEOROLOGI

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada 5.35 petang semalam diturun taraf kepada amaran hujan lebat (peringkat jingga).

Ia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan. Angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan. Menurutnya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah kejadian kenaikan paras air laut. Sumber : BHarian Online

hosting murah KLServer MULA29/06/14-TAMAT29/09/14

POPULAR HARI INI

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.