Tags Posts tagged with "Jadual Perlawanan Piala AFC 2012"

Jadual Perlawanan Piala AFC 2012

0 76

KELANTAN DALAM KUMPULAN H PIALA AFC 2012 | PROFILE PASUKAN AREMA INDONESIA, NAVIBANK VIETNAM DAN AYEYAWADY MYANMAR | Semua peminat The Red Warriors (TRW) semestinya sudah tahu berkenaan Keputusan Undian Piala AFC 2012. Kelantan yang bakal beraksi kali pertama dalam Piala AFC diundi bersama Arema Indoensia, Navibank Saigon Vietnam dan Ayeyawady Myanmar dalam Kumpulan H. Satu lagi wakil Malaysia Terengganu akan beraksi dalam Kumpulan F.

Disini ammboi nak kongsikan profile pasukan yang bakal menjadi lawan Kelantan (TRW) bermula bulan Mac 2012 ini. Lambat lagi tu, namun apa salahnya jika kita ‘belajar’ sedikit mengenai kemampuan lawan TRW ini. Berikut merupakan profile pasukan yang sekumpulan dengan Kelantan.

AREMA FC (INDONESIA)

Arema FC merupakan sebuah pasukan bola sepak Indonesia yang berpengkalan di Malang, Jawa Timur. Kelab yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1987 ini bermain dalam Liga Super Indonesia (ISL) pada ketika ini. Pada musim 2010, Arema FC telah muncul juara dalam Liga Super Indonesia dan naib juara dalam Piala Indonesia. Kelab ini dibimbing oleh jurulatih dari Republik Czech, Mirozlav Janu. Kelab yang dikenali sebagai “Singo Edan” ini pernah dua kali layak ke Liga Juara-Juara AFC iaitu pada tahun 2006 dan juga 2007. Namun, hanya pada tahun 2007 sahaja mereka menyertai kejohanan itu selepas mereka tidak menyertainya pada tahun 2006 gara-gara kelewatan mereka mendaftar pemain. Pada penyertaan mereka pada musim 2007, mereka sekadar bermain di peringkat kumpulan. Arema FC juga pernah layak menyertai Liga Juara-Juara Kelab Asia pada tahun 1994 dan layak sehingga pusingan kedua.

FOLLOW KAMI

46,891FansLike
116Subscribers+1
0FollowersFollow
1,256SubscribersSubscribe
hosting murah KLServer MULA29/06/14-TAMAT29/09/14