Tags Posts tagged with "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)"

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

1 241

LHDN HANYA MENERIMA DAN MENDAFTARKAN PERMOHONAN BR1M | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan pembabitan mereka dalam pemberian bantuan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pengarah Komunikasi Korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said berkata, LHDN hanya dipertanggungjawabkan membantu menerima dan pendaftaran permohonan.

Menurutnya, pembayaran bagi Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, manakala negeri lain diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

4 119

LHDN DALAM PROSES KUMPUL DATA PEMOHON BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini dalam proses mengumpul data pemohon yang layak bagi menerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya kerajaan negeri memberi kerjasama dan bantuan kepada petugas LHDN bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar. “Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan LDHN sedang giat memberi tumpuan di kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh. – Petikan BHarian

0 129

BORANG BANTUAN KHAS KERAJAAN RM500 MULAI 1 DISEMBER 2011 | Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu bila kerajaan akan menyalurkan bantuan RM500 seperti yang dijanjikan PM pada Pembentangan Bajet 2012 yang lepas. Banyak juga komen dan kritikan yang ammboi dengar mengenai Bayaran Bantuan Khas RM500 ni. Ada yang memuji dan ada juga yang mengkritik. Mengatakan kerajaan seolah-olah bermain ‘politik’ dengan bantuan ini. Siapa yang mengkritik tu sepertimana kita tahu mesti ada masalah dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dikatakan pengantara kepada pembayaran wang bantuan ini. Mengenai isu selajutnya sila baca petikan Kosmo! Online dibawah.

Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

“Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion. Untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini semalam.

FOLLOW KAMI

46,910FansLike
116Subscribers+1
586FollowersFollow
1,261SubscribersSubscribe