Tags Posts tagged with "liga s"

liga s

0 69

Harimau Muda Terus Kekal Di Liga Singapura? | Sebelum ini hebah mengenai skuad Harimau Muda, dimana mereka dikhabarkan akan dihantar beraksi dalam Liga Brazil sebagai persiapan awal mempertahankan pingat emas bola sepak pada Sukan SEA ke-27, di Myanmar oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Namun spekulasi bahawa Harimau Muda A bakal menyertai liga lain di luar negara, hanyalah khabar angin kerana jawatankuasa eksekutif FAM masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

0 82

Keputusan Harimau Muda vs Home United 15 September 2012 | Harimau Muda akan menentang Home United FC dalam perlawanan Liga Singapura (S-League) 2012 yang akan berlangsung di Stadium Yishun pada jam 7.45 malam ini. Harimau Muda kini ditangga ke-4 manakala Home United ditangga ke-5. Ammboi akan update Keputusan Semasa dan Terkini Perlawanan Harimau Muda vs Home United 15 September 2012 dibawah.

0 60

Seperti yang kita semua sedia maklum, Harimau Muda A berjaya menundukkan Tanjung Pagar United 3-0 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos dalam Liga Singapura (Singapore S-League) 2012. Ianya satu berita baik untuk peminat Harimau Muda ni, apatah lagi mereka merupakan bakal pelapis skuad senior kebangsaan. Jika permainan mereka terus meningkat maka tak mustahil untuk skuad negara kita mencipta kejayaan yang lebih besar dimasa akan datang. Bagi sesiapa yang belum menyaksikan Video Gol Harimau Muda A vs Tanjung Pagar United pada 2 Mac 2012, anda boleh saksikan jaringan kemenangan Shahrul Azwari, Gary Steven Robbat dan Thamil Arasu dibawah.

1 59

Sebelum ini Harimau Muda A tidak berdepan masalah untuk memberikan aksi terbaik bagi meraih kemenangan pertama selepas membenam Gombak United 2-0 pada perlawanan pembukaan liga awal bulan lalu. Malam ini pula,skuad Harimau Muda A yang akan berlepas ke Jordan bagi menentang Syria dalam Kempen Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada 14 Mac 2012 ini berjaya menundukkan Tanjung Pagar United 3-0 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dan tanpa bolos dalam Liga Singapura (Singapore S-League) 2012.

0 46

ONG KIM SWEE LEGA | JADUAL LIGA-S DIUBAH BERI RUANG HARIMAU MUDA (MALAYSIA U-23) FOKUS AKSI KELAYAKAN OLIMPIK 2012! | Skuad B-23 negara kini boleh fokus sepenuhnya terhadap baki tiga aksi Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik Zon Asia apabila hanya dua aksi Liga-S membabitkan mereka dijadualkan berlangsung sepanjang tempoh terbabit. Selepas bertemu Bahrain di Manama esok, skuad negara bakal melengkapkan saingan bertemu Jepun di Bukit Jalil, 22 Februari 2012 dan Syria di Amman, Jordan pada 14 Mac 2012.

0 55

ISU JADUAL PERLAWANAN LIGA-S YANG BELUM TERJAWAB – FAM MASIH BERSIKAP ‘COOL’? | Semalam Jurulatih Skuad Olimpik Malaysia (Harimau Muda A) sudah meluahkan perasaan bimbang beliau terhadap karenah pengurusan Liga Singapura (Liga-S) diatas kegagalan pihak berkenaan untuk mengemukakan jadual pertandingan dan gelanggang yang bakal dijadikan venue Harimau Muda A untuk aksi Liga-S 2012 sedangkan liga akan bermula sudah tidak lama lagi.

Namun kerisauan Ong Kim Swee di ‘cool’kan oleh FAM apabila masih memberi ruang secukupnya untuk badan induk bolasepak negara jiran berkenaan bertindak. Ong Kim Swee bukan hanya risaukan ketiadaan gelanggan dan jadual itu semata malah beliau tidak mahu jadual yang dikeluarkan nanti menjejaskan persiapan skuad Olimpik negara. Antara kebimbangan Kim Swee termasuk sekiranya berlaku sebarang pertindihan jadual perlawanan yang membabitkan Harimau Muda. Ini kerana, skuad negara bakal beraksi pada pusingan kelayakan Piala AFC dan baki kelayakan temasya Sukan Olimpik 2012.

Harimau Muda A bakal bersaing di sana selama empat musim sehingga 2015 dan sebagai ‘pertukaran’ skuad Singapura yang dikenali sebagai Lion XII akan beraksi dalam Liga Super bagi tempoh yang sama. Dalam pada itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Kim Swee tidak perlu risau mengenai sebarang isu berbangkit termasuk sekiranya berlaku pertindihan jadual kerana segala maklumat berkaitan itu telah disalurkan FAM kepada FAS sebelum ini.

Ura-ura mengatakan format Liga Super bakal berubah sekali lagi nyata meleset. Tambah mengeruhkan keadaan, perubahan format liga sebelum ini banyak dipengaruhi oleh orang dalam badan induk bolasepak negara demi menjaga imej kenegerian. Namun semua andaian berkenaan harus dibuang jauh-jauh. Kerana kali ini format liga Malaysia kekal dengan 14 pasukan bertanding dalam Liga Super manakala 12 pasukan akan bersaing dalam Liga Premier.

Pengekalan format ini nyata memberikan kelegaan kepada 2 pasukan teratas Liga Premier, Selangor PKNS dan Sarawak yang dikhabarkan perlu melalui perlawanan play-off sekiranya Liga Super berubah kepada 12 pasukan sahaja. Dengan ini sah, Pahang dan Perlis yang menghuni 2 tangga terbawah Liga Super 2011 bahawa mereka akan diturunkan divisyen ke Liga Premier manakala PKNS dan Sarawak bakal bersaing dalam Liga Super 2012 musim hadapan.

Paling menarik, perjanjian pertukaran pasukan antara FAM dan FAS (Persatuan Bolasepak Singapura) untuk saling bertukar pasukan iaitu Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga S manakala The Young Lions (Pasukan Pelapis Singapura) akan menggantikan tempat Harimau Muda A dalam Liga Super 2012.