Tags Posts tagged with "Lisa Surihani dan Yusry KRU Kahwin Fenruari 2012"

Lisa Surihani dan Yusry KRU Kahwin Fenruari 2012

2 38

LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU KAHWIN TAHUN DEPAN? | Lama dah tak ikuti perkembangan dunia retis-retis nih. Yang ammboi tahu, berminggu-minggu dok follow isu sukan sahaja. Bola..bola..bola…. Sampaikan ada yang kata blog ammboi ni blog bola pulak. Biasalah cik abang dan cik akak oi, nak hidup kenala buat mana patut. Blog sengkek macam ammboi apala ada kalau tak dilambakkan dengan cerita-cerita panas dan isu bola (bagi kaki bola mungkin boleh terima kot).

Hari ni pulak rasa nak terbaca berita hiburan pulak. Rupanya banyak juga isu-isu dunia hiburan yang ammboi dah tak tahu perkembangannya. Tapi tak mengapalah. Ammboi ada share satu story pasal Adik Iman Syafiq kan. Korang dah baca ke? Kesian kat baby Iman, nasibnya tak berapa baik. Dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna sikit apabila usus dan hatinya terletak kat luar badan. Baby Iman baru berusia 2 bulan kini terpaksa menempuhi kehidupan yang sangat sukar. Katanya bila usia beliau menjangkau 3 tahun baru boleh buat pembedahan. Sedih ni….

Ops..lupa pulak isu adik manis kita ni, Lisa Surihani. Beliau yang hangat bercinta dengan artis terkemuka, Yusry KRU atau nama sebenarnya Yusry Abdul Halim, khabarnya akan mendirikan rumah tangga. Umum mengetahui hubungan cinta antara pelakon Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim. Malah hubungan yang mendapat perhatian ramai sehingga timbul spekulasi mengatakan mereka akan berkahwin Februari tahun depan. Tak lama dah tu. Alangkah baiknya perkara baik ini dipercepatkan. Buat apa nak lambat-lambatkan kan.

hosting murah KLServer MULA29/06/14-TAMAT29/09/14
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.