Tags Posts tagged with "pemain malaysia 2011"

pemain malaysia 2011

4 42

HIGHLIGHT SINGAPORE VS MALAYSIA 23 JULAI | Bagi yang terlepas peluang menonton perlawanan Singapura vs Malaysia tadi, ammboi ada menyediakan video dan link highlight Singapore vs Malaysia di bawah. Anda boleh menonton perlawanan Singapura lawan Malaysia melalui video dan link yang disediakan.

Lain-lain video boleh terjah disini | MATCH HIGHLIGHT 1 | MATCH HIGHLIGHT 2 |

12 61

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN SINGAPURA LAWAN MALAYSIA 23 JULAI | Perlawanan antara Singapore vs Malaysia telahpun tamat. Kedudukan perlawanan berkenaan terikat 5-3 apabila pertahanan goyah Malaysia terbukti gagal menyekat ‘kuda tua import’ Singapura. Datuk K.Rajagobal nyata masih menaruh harapan kepada Muslim dan juga Sharbinee. Walaupun Singapura hanya berjaya mendapatkan 1 gol pada separuh masa kedua, ia bukanlah kerana benteng Malaysia sudah kukuh, namun hanya kerana ‘ayam pencen import’ Singapura tu sudah sempuuuutttttt… Harap Rajagobal mengambil iktibar selepas perlawanan ini.

LAIN-LAIN INFO MENGENAI PERLAWANAN SILA KESINI

8 63

KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN MALAYSIA LAWAN SINGAPURA | Ramai yang mungkin tidak berpeluang untuk menonton secara LIVE perlawanan Singapura VS Malaysia malam ni, dan mungkin juga bermasalah untuk menonton LIVE STREAMING SINGAPORE VS MALAYSIA kerana link yang disediakan cuma dari satu saluran sahaja. Ammboi akan UPDATE KEPUTUSAN SEMASA perlawanan dari masa ke semasa disini.

KEPUTUSAN SEMASA PERLAWANAN

SINGAPURA ( 5 – 3 ) MALAYSIA

(Gol dijaringkan oleh Safee Sali pada minit 1, gol jaringan Duric pada minit ke 8, Qiu Li minit ke 20, Fakrudin dan Shi Jiayi minit ke 46 … ) Tamat separuh masa pertama – Ulasan : Rajagobal perlu ubah persepsi beliau untuk separuh masa kedua. Kemantapan Sharbinee pada 2 perlawanan lepas (Arsenal dan Liverpool) bukan disebabkan beliau hebat tetapi masa itu pasukan berkenaan belum panas. Dan Ketika ini konsentrasi Apek amat ditagih. 4 gol Singapura, keempat-empat percubaan lawan Sharbinee gagal membaca dan membuat cubaan untuk menghalang, hanya terpaku macam batu sahaja. Pemain seterusnya adalah Muslim, kalut dan gagal mengawal lawan dengan baik. Beliau ternyata dan terbukti bukan centre back yang baik. Ketika ini impian mara ke pusingan ketiga makin jauh. Jika Rajagobal masih berkeras dengan pemain pilihannya itu mungkin impian sudah menjadi abu.

( Gol Hadi Yahya dan Safee Sali pada minit ke 70, gol Duric untuk Singapura sekali lagi….) Separuh masa kedua – Safiq Rahim Kad Merah kemudian bek kanan Singapore juga kena kad merah. 10 pemain lawan 10 sekarang ini. Separuh masa kedua tamat.

2 64

SINGAPURA VS MALAYSIA | Mungkin ramai yang sudah tidak sabar menunggu tibanya malam kan. Ada yang sudah berdebar-debar menantikan perlawanan penentuan antara dua negara jiran, negara kita Malaysia dan juga Singapura. Bukan setakat mahukan kemenangan, kita juga mahu memulihkan maruah pasuka negara yang dikatakan tidak layak untuk mendapat bye pada pusingan pertama terdahulu. Namun kita janganlah melenting, satu peluang keemasan untuk kita bertemu Taiwan tempohari boleh kita jadikan sandaran untuk menggerunkan Singapura. Sedangkan Singapore pula menanti Malaysia dipusingan kedua mungkin gusar dengan prestasi Malaysia malam ini. Sampaikan terpaksa membuat perlawanan persahabatan dengan Taiwan untuk menguji skuadnya samada setanding dengan skuad negara atau tidak.

INFO LANJUT MENGENAI SKUAD NEGARA

BACA JUGA MAKLUMAT TERKINI PERLAWANAN DISINI

Malaysia juga mungkin turun tanpa 2 tonggak utama. Ekoran Aidil Zafuan yang masih belum pulih sepenuhnya manakala Mat Yo masih lagi dilanda hamstrings. Harapan negara pastikan mahu melihat benteng pertahanan negara utuh untuk menahan asakan Singapore manakala ketajaman penyudah Safee Sali sudah semestinya amat ditagih. Semoga skuad Malaysia berjaya mengalahkan Singapore di tempat mereka.

2 69

LIVE STREAM MALAYSIA VS SINGAPURA | Perlawanan antara Singapura vs Malaysia pada 23 Julai akan berlangsung pada jam 7.30 malam ini. Astro Arena akan menyiarkan Siaran Langsung Perlawanan Singapura vs Malaysia mulai jam 7.00 malam lagi. Kepada sesiapa yang tidak dapat menonton perlawanan berkenaan, anda bolehlah menonton di Live Stream Singapura vs Malaysia di sini atau klik pada page Bola LIVE Stream.

SELAMAT MENONTON

LIVE STREAM SINGAPURA VS MALAYSIA

8 75

SIARAN LANGSUNG SINGAPURA LAWAN MALAYSIA 23 JULAI 2011 | Semua peminat bolasepak negara mungkin boleh berasa lega apabila Saluran Sukan Astro, Astro Arena (801) akan menyiarkan Siaran Langsung Perlawanan Antara Singapura Lawan Malaysia pada malam esok, jam 7.00 malam. Perlawanan antara Singapura Lawan Malaysia juga akan disiarkan secara Live Streaming Singapura Lawan Malaysia di blog ammboi. Sila ke page Bola LIVE Streaming untuk menonton.

BACA JUGA SENARAI PEMAIN MALAYSIA LAWAN SINGAPURA

2 77

MALAYSIA LAWAN SINGAPURA | 23 JULAI 2011 | Pasukan negara akan berdepan laluan sukar sekiranya gagal menjaringkan gol di tempat lawan. Seandainya perkara berkenaan berlaku tekanan akan memihak kepada skuad negara, apatah lagi badi bolos 10 gol di Stadium Nasional Bukit Jalil kepada Arsenal dan Liverpool. Jika skuad negara berjaya mengikat kedudukan 0 – 0 pun sudah memadai. Berikut merupakan Senarai Pemain Malaysia Lawan Singapura pada 23 Julai dan 28 Julai ini :

FOLLOW KAMI

46,908FansLike
116Subscribers+1
586FollowersFollow
1,287SubscribersSubscribe
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome. & GeekyCube.