Tags Posts tagged with "Semakan Senarai Pemenang Cabaran Laluan Berliku Berita Harian 2012"

Semakan Senarai Pemenang Cabaran Laluan Berliku Berita Harian 2012

0 88

PERADUAN CABARAN LALUAN BERLIKU BERITA HARIAN 2012 | REMAJA 17 TAHUN MENANG KERETA! | Tuah akhirnya berpihak kepada pembaca setia Berita Harian, Ahmad Ridzwan Bakhtiar Effendy apabila dipilih sebagai pemenang utama pertandingan Cabaran Laluan Berliku Berita Harian yang melayakkannya membawa pulang hadiah kereta Proton SAGA FLX 1.3 (M) Standard bernilai RM37,000.

Ahmad Ridzwan, 17, dipilih daripada 130,000 penyertaan yang diterima pihak penganjur selama empat minggu dari 7 hingga 13 Disember lalu bagi minggu pertama, 14 hingga 20 Disember (minggu kedua), 21 hingga 27 Disember (minggu ketiga) dan 28 Disember hingga 3 Januari 2012 (minggu akhir).

Selain Proton SAGA FLX, peraduan sempena cuti persekolahan itu juga menawarkan Ipad2 kepada 10 pemenang bertuah setiap minggu bagi penyertaan yang semua tepat bermula minggu pertama hingga akhir. Pada majlis itu, 20 lagi pemenang bertuah dipilih untuk minggu ketiga dan keempat, yang mana pertandingan berkenaan memerlukan pembaca menyelesaikan laluan berliku dan melengkapkan borang penyertaan dalam Berita Harian sebelum menghantarnya bersama kepala akhbar itu.

Pemenang utama Cabaran Laluan Berliku Berita Harian:

  • Ahmad Ridzwan Bakhtiar Effendy 941019-14-5731 (Selangor)

Senarai Pemenang Lain Ada dibawah