Tags Posts tagged with "Senarai Top 5 Finalis ABPBH2012"

Senarai Top 5 Finalis ABPBH2012

0 250

SENARAI CALON ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2012 | Pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menyaksikan saingan lebih terbuka di kalangan finalis 15 kategori dipertandingkan bagi edisi ke-25 apabila senarai Top 5 diumumkan di sini, semalam. Berbanding penganjuran sebelum ini, hanya beberapa nama berjaya dicalonkan dalam dua kategori akhir, manakala Sharifah Shahira atau Shira pula muncul satu-satunya calon yang memboloskan diri dalam tiga kategori iaitu Artis Komedi, Penyampai Radio dan Pengacara TV Wanita Popular.

Aaron Aziz dan Adi Putra pula masing-masing menerima dua pencalonan iaitu Pelakon Filem Lelaki dan Pelakon TV Lelaki Popular. Bagi kategori Pelakon Filem Lelaki, mereka dicabar oleh Shaheizy Sam, Syamsul Yusof dan Bront Palarae. Juara kategori Penyanyi Lelaki Popular pada ABPBH2010, Faizal Tahir sekali lagi mengetuai cabaran kategori itu apabila beliau menghadapi saingan daripada Anuar Zain, Aizat, Black dan Hafiz. Kategori Pelakon Wanita Filem ABPBH2011 menyaksikan persaingan antara Lisa Surihani, Diana Danielle, Maya Karin, Yana Samsudin dan Eja.

Antara artis yang turut tersenarai dalam Top 5 ABPBH2011 ialah Stacy, Hafiz, Najwa Latif, Fasha Sandha, Neelofa, Bunkface, 6ixth Sense, Yuna, Shila Amzah, Tasha Shila, Faizal Ismail, Aznil Nawawi, Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Nur Fathia, Noorkhiriah, Meet Uncle Hussain & Hazama dan Fara Fauzana. Beriktu merupakan Senarai calon artis dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.