Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Renaissanse. Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat kira-kira pukul 9.30 pagi.

Memetik laporan mStar Online lagi, majlis berkenaan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media. Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan. Acara tersebut diacarakan oleh Adibah Noor mankala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.

pernikahan penyanyi misha omar pernikahan misha omar

Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin. Sebelum upacara pernikahan bermula, Ahmad Kamil terdahulu menyampaikan khutbah perkahwinan secara santai. Ahmad Kamil sempat menggelar Firos sebagai ‘Abang Ultraman’ yang mengundang hilai tawa dikalangan hadirin.

majlis pernikahan penyanyi misha omar misha omar dan firos nikah gambar nikah misha omar

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.

misha omar nikah dengan firos majlis akad nikah misha omar suami misha omar persandingan misha omar

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat(malam ini) di hotel sama untuk keluarga perempuan manakala pihak lelaki memilih 12 Mei ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

misha omar nikah

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada30 November tahun lalu. Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012.

Kredit: mStar Online dan RotiKaya

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.