Alhamdulillah, tahniah kepada penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin diatas apa yang beliau sumbangkan. Ternyata ia sungguh memberi kesan kepada semua mangsa banjir dan kita yang tidak terlibat pun rasa terharu atas sumbangan beliau.

Menerusi laman Instagram nya, Datuk Siti telah turun padang bagi meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Bantuan yang dibawa itu merupakan sumbangan daripada Yayasan Nurjiwa dan SimplySiti, antaranya barangan makanan dan keperluan peribadi golongan wanita serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi.

datuk siti sampaikan sumbangan mangsa banjir

“Macam hari ini ramai dah pulang ke rumah, dan mungkin ada ruang dan peluang saya ingat nak singgah satu atau dua tempat lagi. (Kemudian) saya ingat kalau lepas ini masih ada lagi mangsa (banjir) di negeri lain saya dan suami mungkin akan pergi (menjenguk), Insya-Allah bergantung kepada keadaan banjir,” katanya dipetik sumber berita.

Setakat 9 pagi ini seramai 33,952 mangsa banjir masih berada di 141 pusat pemindahan di sembilan buah daerah yang terjejas akibat banjir di Pahang. Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan.

Berikut ammboi kongsikan beberapa gambar dan video semasa Datuk Siti menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir:

 

 

Harap jadi dorongan kepada mereka yang lain. Insya Allah…

Sumber gambar: Instagram CTDK


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.