Pembentangan Bajet 2017 sudahpun selesai dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan Rakyat. Khabar angin mengenai kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) nampaknya tidak benar kerana ia kekal pada enam peratus pada 2017.

Dalam pada itu, ramai penjawat awam sudah tentu ternanti-nantikan apa imbuhan yang bakal mereka terima pada Bajet 2017 ini. Perdana Menteri telah mengumumkan 10 insentif kepada penjawat awam dalam Bajet 2017.

10-insentif-kepada-penjawat-awam-dalam-bajet-2017

Ianya adalah sebagaimana dibawah:

  1. Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa dipanjangkan kepada kumpulan pelaksana.
  2. Cuti kuarantin 5 hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin.
  3. Meluaskan kemudahan pembiayaan komputer meliputi smartphone dengan had pinjaman RM5,000 setiap 3 tahun.
  4. Menaikkan kemudahan pembiayaan motosikal kepada RM10,000.
  5. Menaikkan had kemudahan pembiayaan perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000.
  6. Menyiapkan 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan dijual pada harga RM90,000 – RM300,000.
  7. Melanjutkan perkhidmatan pegawai contract of service dan contract for service selama setahun.
  8. Mewujudkan gred 56 bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.
  9. Melantik secara kontrak graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya pada Disember 2016.
  10. Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara Kerajaan.

Wah, banyak juga kan. Paling menarik sudah tentu berkenaan biasiswa. Selain itu, untuk makluman anda bayaran khas RM500 untuk penjawat awam akan dibayar pada bulan Januari 2017.

DOWNLOAD

> > > TEKS UCAPAN BAJET 2017 < < <

> > > INTIPATI DAN KANDUNGAN BAJET 2017 < < <


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.