10 pekerjaan paling stress untuk tahun 2017! Tidak dinafikan semua pekerjaan ada stress dan tekanannya. Samada sedikit mahupun banyak. Ia bergantung kepada bagaimana kita mahu menanganginya.

Bila dah masuk alam pekerjaan baru kita sedar ia bukanlah seindah yang disangka. Saban hari ada sahaja perkara yang boleh mencetuskan stress dan tekanan di tempat kerja.

Tekanan ini boleh datang dengan pelbagai cara seperti kerja berlebihan, suasana kerja, berkerja di bawah tarikh ‘mati’ yang ketat, permintaan yang terlampau dari majikan dan banyak lagi.

Memetik sumber Sinar Harian Online, CareerCast telah menyenaraikan 10 pekerjaan paling stres untuk tahun 2017. Mereka turut memberikan mata stress bermula daripada 0 hingga 100.

Anda boleh lihat senarai dibawah dan jangan terkejut pula jika pekerjaan anda tersenarai di dalamnya.

1. TENTERA

Pekerjaan tentera ini amat berisiko tinggi tambahan pula apabila nyawa yang menjadi taruhan.
Mata stress: 72.74

2. BOMBA

Sama seperti tentera, ahli bomba juga turut mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan tugas mereka selesai.
Mata stress: 72.68

3. JURUTERBANG

Siapa kata jadi juruterbang tidak stress? Besar tanggungjawab menjadi juruterbang serta perlu pengetahuan yang luas sebelum melayakkan diri membawa sebuah pesawat.
Mata stress: 60.54

4. PEGAWAI POLIS

Bukan mudah untuk menjadi seorang anggota polis kerana turut terlibat menjaga keharmonian negara serta nyawa menjadi taruhan.
Mata stress: 51.68

5. PENYELARAS ACARA

Untuk menjaya satu acara itu bukan mudah prosesnya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan juga ia melibatkan banyak orang. disebabkan itulah kerjaya ini memang boleh memeningkan kepala.
Mata stress: 51.50

6. WARTAWAN SURATKHABAR

Bagi mereka yang tidak tahu, wartawan ini terbahagi kepada banyak kategori, ada wartawan majalah dan suratkhabar. Kedua-duanya mempunyai tarikh ‘mati’ yang perlu diikut namun begitu untuk suratkhabar ia lebih stres kerana tempoh masa yang pendek dan setiap hari.
Mata stress: 49.90

7. EKSEKUTIF KORPORAT (SENIOR)

Menjadi tulang belakang di sesebuah syarikat bukan mudah apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Selain itu, seorang eksekutif perlu cepat membuat keputusan dan tangkas membuat tugasnya.
Mata stress: 48.56

8. EKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAM

Skop kerja yang hampir sama dengan wartawan akhbar namun pegawai perhubungan awam bertanggungjawab untuk menjaga imej syarikat.
Mata stress: 48.50

9. PEMANDU TEKSI

Dengan adanya Uber dan Grabcar kini, pemandu teksi sering dihimpit kebimbangan mendapatkan pelanggan dan ditambah lagi dengan hanya duduk di dalam kereta sepanjang hari dan berulang alik ke sana ke mari sudah cukup menambahkan stress.
Mata stress: 48.18

10. PEMBACA BERITA (TELEVISYEN)

Untuk menjadi seorang pembaca berita bukanlah satu yang mudah apalagi di hadapan kamera malah jika ia adalah siaran lansung maka tidak harus ada kesalahan langsung.
Mata stress: 47.93

Bagaimanapun, janganlah anda membanding-bandingkan pekerjaan anda dengan yang lain kerana setiap pekerjaan mempunyai tahap stress yang berbeza.

Apa yang penting mulakan harimu dengan senyuman.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.