Cuti sekolah datang lagi. Rasanya belum terlambat untuk ammboi kongsikan info mengenai tempat menarik untuk dikunjungi sepanjang cuti sekolah ni. Sudah tentu ibu bapa mahu membawa anak-anak mereka jalan-jalan dan sebagainya.

Rasa nak bawa anak-anak berseronok bolehlah berkunjung ke taman tema. Ada banyak dah taman tema yang hebat di negara kita ni. Oleh itu, kali ini ammboi nak kongsikan 10 taman tema menarik di Malaysia.

10 TAMAN TEMA MENARIK DI MALAYSIA

1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon

Terletak di Bandar Sunway , Selangor, lokasi ini mungkin agak strategik untuk ibu bapa yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Antara yang ditawarkan adalah Water Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park, Cleopatra dan Hi-Dive. Boleh check info lengakp di website Sunway Lagoon.

2. Desa Waterpark

Desa Waterpark

Jangan tertipu dengan namanya. Desa Waterpark ini terletak di Kuala Lumpur, bukan di desa. Hehe. Yang menarik di sini adalah gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt. Info lanjut ada di website Desa Waterpark.

3. Taman tema i-City

i-City

Taman Tema i-City ini terletak di Shah Alam. Taman tema ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu taman tema air yang menyediakan gelongsor Tornado Ride setinggi 7 tingkat bangunan, Wave Pool, River Adventure dan Giant Jacuzzi Nak main salji? Tak perlu pergi jauh lagi sebab dah ada di i-City. Untuk lebih banyak info tentang i-City, anda boleh cek di website i-City.

4. Legoland Malaysia

Legoland Malaysia

Terletak Nusajaya, Johor, taman tema ini merupakan Legolang pertama di Asia. Nak rasa tinggal dalam rumah lego? Anda boleh cuba menginap di hotel di Legoland ini untuk pengalaman yang unik dan berbeza. Info tentang Legoland ada di website Legoland Malaysia.

5. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun

Terletak di Perak, selain dari taman tema air, Lost World of Tambun juga mempunyai zoo yang mempamerkan 400 jenis haiwan. Anda boleh dapatkan info lanjut tentang Lost World of Tambun disini.

6. Bukit Merah Lake Town Resort

Bukit Merah Lake Town Resort

Satu lagi taman tema di perak ialah Bukit Merah Lake Town Resort. Selain dari mandi manda di sini, ada juga boleh lihat orang hutan dan berseronok di ecopark. Info lanjut, sila ke web Bukit Merah Lake Town Resort.

7. Gold Coast Morib

Gold Coast Morib

Berhampiran dengan pantai Morib, selain dari bermain di taman air, anda juga boleh menikmati paorama senja atau matahari naik di sini jika anda menginap di resort yang di sediakan di sini. Info lanjut, sia le website Gold Coast Morib.

8. Genting Theme Park

Genting Theme Park

Menyediakan indoor theme park dengan berbagai jenis permainan. Kiranya kalau ke sini hujan pun tiada masalah, anda masih boleh bermain di bahagian indoor theme park di sini. Anda boleh dapatkan info lanjut tentang Genting Theme Park di sini.

9. Wet World Water Park

Wet World Water Park

Terdapat di 3 lokasi iaitu di Shah Alam (Selangor), Pedas (Negeri Sembilan) dan Batu Pahat (Johor). Tiket masuk ke Wet World ini boleh dikatakan agak lebih murah berbanding taman tema air yang lain. Untuk info dan harga, anda boleh cek di website mereka : Wet World Water Park

10. A Famosa Resort

A Famosa Resort

Terletak di Melaka,selain dari boleh mandi manda, taman tema ini juga menawarkan Safari Wonderland bagi memberi peluang kepada anak anda melihat haiwan-haiwan yang terdapat di sini. Info lanjut, sila ke website A Famosa Resort.

11. Gambang Waterpark

gambang waterpark

Sebab ada permintaan dari akak dibawah, maka ammboi tambah satu lagi taman tema yang menarik. Ia adalah Gambang Waterpark. Untuk info dan harga, anda boleh cek di website mereka disini Gambang Waterpark.

Dah pilih mana satu nak pergi pada musim cuti sekolah kali ini?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.