Cambodia atau dalam bahasa melayunya adalah Kemboja merupakan sebuah negara yang luas serta mempunyai penduduk yang ke-69 paling ramai di dunia.  Negara jiran bagi Thailand, Laos dan Vietnam ini amat maju dengan sektor ekonomi, politik dan kebudayaannya.

tempat menarik di cambodia

Imej via [gadventures]

Siapa yang tidak tahu bahawa Phnom Penh ini adalah ibu negara bagi Cambodia? Tambahan pula, Phnom Penh ini cukup terkenal dalam kalangan kaki travel yang suka ke luar negara.  Terdapat banyak tempat menarik di Cambodia yang menjadi kesukaan ramai. Dengar kata mata wang Cambodia lebih rendah nilainya berbanding Malaysia, lebih berbaloilah untuk anda pergi bercuti ke sana!

Jom lihat 12 tempat menarik di Cambodia yang menjadi kesukaan ramai ini.

 

#1  Istana Raja Dan Silver Pagoda

tempat menarik di cambodia

Imej via [wikipedia]

Istana Kemboja yang merupakan tempat menarik di Cambodia ini terletak di Phnom Penh.  Anda dapat melihat bangunannya yang indah dan cantik serta berbentuk khas Kemboja. Bukan senang nak tengok Istana Raja Cambodia ini secara live kan? Selain luar istana, anda boleh melihat dalaman istana iaitu Silver Pagoda.  Namanya sahaja sudah membuatkan kita dapat rasa bahawa bangunan ini amat menarik dari segi bentuknya.

Untuk pengetahuan anda, lantai Silver Pagoda ini mempunyai lapisan lebih dari 5,000 ubin berbahan perak dan setiap daripadanya memiliki ubin seberat 1 kg.  Lokasi Silver Pagoda terletak di sisi sebelah selatan istana. Silver Pagoda atau lebih dikenali dengan nama Wat Preah Keo ini juga dihiasi dengan Patung Buddha yang dihasilkan daripada emas dan berlian.

Anda boleh berkunjung ke sini seawal 8 pagi untuk bersiar-siar dan melawat. Aktiviti santai seperti melawat istana ini membolehkan anda sekaligus mencuci mata melihat orang-orang di sini. Pada 11 pagi sehingga 2 petang, kompleks istana ini ditutup kerana mereka mempunyai acara dan menerima tetamu kenegaraan dan raja-raja. Anda boleh datang semula pada 2 petang.

 

#2  Thmey Market

tempat menarik di cambodia

Imej via [phnompehn]

Thmey Market adalah salah sebuah tempat menarik di Cambodia yang berupa pasar pagi. Anda boleh membeli belah di pasar pagi yang terkenal ini untuk dijadikan hadiah cenderamata untuk di bawa pulang ke Malaysia. Dengar kata, barang-barang yang dijual di Thmey Market ini adalah berpatutan dan mampu milik. Anda boleh melihat barang-barang yang dijual di sini dan terus beli di sini jika tidak ke pasar atau market lain lagi.  

Barang-barang keperluan juga boleh anda dapatkan disini. Antaranya adalah pakaian, souvenir, batu mulia, sayur, buah dan lain-lain lagi. Pasti anda jarang mendengar tentang batu mulia kan?  Sebenarnya, ia adalah lambang anjalan kerajaan Cambodia. Bolehlah anda lihat sendiri batu mulia yang dimaksudkan ini.

 

#3  Tuol Sleng Genocide Museum dan Killing Field

tempat menarik di cambodia

Imej via [alowisata]

Tuol Sleng Genocide Museum adalah tempat menarik di Cambodia yang menjadi kesukaan ramai pelancong.  Untuk pengetahuan anda, muzium ini dahulunya merupakan sebuah sekolah yang dijadikan penjara dan tempat penyiksaan pada zaman kekuasaan Pol Pot.

Setelah disiksa, mereka akan diuruskan di tempar pembantaian pula iaitu di Killing Field. Bunyinya sungguh menakutkan apatah lagi jika anda sendiri melihatnya.  Hampir 8000 tengkorak serseryangta kubur terdapat disini. Walaupun begitu, tempat menarik di Cambodia ini menjadi kesukaan ramai pelancong kerana ia amat advance dan anda dapat melihat semuanya dengan mata kepala sendiri.

 

#4  Sihanoukville

tempat menarik di cambodia

Imej via [geckoroutes]

Sihanoukville adalah sebuah pantai yang terdapat di Cambodia dan digelar Kompong Som. Ia amat bersih dan cantik untuk anda lawati juga melakukan aktivit air seperti bersiar-siar dan mandi-manda. Pantainya yang putih dan bersih membuatkan para pengunjung berpuas hati untuk bergambar, main air dan sebagainya. Seriously mereka juga pasti tidak risau untuk membiarkan anak-anak bermain di pantai.

Selain Sihanoukville, banyak lagi pantai kesukaan pelancong seperti Sokha Beach, Otres Beach, Independent Beach, Serendipity Beach dan Long Beach. Kesemua pantai ini berbeza dari segi suasana dan pemandangannya namun cuaca disini baik dan stabil.

#5  Angkor Wat

tempat menarik di cambodia

Imej via [handluggage]

Tempat yang sememangnya terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri ini amat hebat kerana dapat menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara. Tanpa disedari, rakyat Cambodia juga ramai yang berjiwa patriotik. Ramai yang suka datang ke Angkor Wat ini untuk beribadat di kuil dan juga bagi melihat bangunan bersejarah yang ditinggalkan zaman berzaman.

Angkor Wat terletak di Kota Siem Riep dengan jarak 350km dari Phonm Pennh. Ramai pengunjung tidak menyedari bahawa ia telah dibina sejak abad ke 12 lagi. Memang lama sangat kan? Sehingga sekarang anda boleh melawat Angkor Wat yang merupakan kuil terbesar di Cambodia.

Selain dari Angkor wat, terdapat banyak kuil-kuil lain dalam kawasan Angkor Wat turut dapat anda kunjungi iaitu Bayon, Angkor Thom, Ta Phrom dan juga Banteay Srey.  Banyak keunikan kuil yang berbeza boleh anda lihat disini, Kuil Ta Phrom pasti membuatkan anda terpegun kerana ia dikelilingi oleh pohon-pohon besar serta pernah dijadikan set lakonan untukfilem Tom Raider.

 

#6  Koh Kong

Imej via [asiawebdirect]

Tempat menarik di Cambodia yang menjadi kesukaan ramai adalah Koh Kong.  Koh Kong adalah sebuah pulau terbesar yang kedua di Cambodia yang terletak kira-kira 25 kilometer selepas pantai Sihanoukville. Selain dari pantai, pulau ini turut terdiri daripada 4 buah desa kecil iaitu Soksan, Koh Tuich, Prek Svay dan juga Dam Dkeuw.  Terdapat juga penginapan yang berbentuk rumah banglo, teres dan lain-lain lagi.

Dari segi pemandangan dan keindahan alam, pasti anda akan teruja melihat hutan paya bakau yang pernah diiktiraf sebagai paya bakau tercantik di Asia Tenggara kini berada di depan mata anda. Dengan kehijauan alam dan tumbuh-tumbuhan, di sini juga terletaknya Pusat Perlindungan Hidupan Liar Peam rasop. Anda boleh melihat semua haiwan-haiwan dalam habitatnya yang sebenar di sini. Memang menjadi rutin, kawasan hutan paya bakau ini dijadikan tempat lawatan eko untuk semua pihak.

 

#7  Preah Vihear

Imej via [scmp]

Preah Vihear adalah sebuah kuil Khmer yang terletak di kawasan pergunungan Drangrek. Ia telah menjadi salah satu tempat menarik di Cambodia yang merupakan kesukaan ramai pengunjung.  Untuk pengetahuan anda, kuil ini telah dibina sejak abad ke 11 dan 12 lagi iaitu semasa pemerintahan Raja Khmer suryavaman.

Sudah pastilah kawasan Preah Vihear ini amat cantik dan indah kerana anda boleh melihat pemandangan ketika matahari terbit dan terbenam disini.  Tambahan pula, suasana kuil ini berada di kawasan pergunungan menjadikan ia terasa dingin dan boleh melihat keadaan kawasan berdekatan dengan mudah.

 

#9  Central Market

tempat menarik di cambodia

Imej via [chasing320]

Central Market memberikan anda kepuasan kerana akhirnya anda boleh shopping dan memilih pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.  Tentunya Central Market ini telah dikenali ramai sebagai pasar yang berkubah. Bangunannya agak besar dan sederhana tetapi barang yang dijual disini bukan main banyak lagi boleh anda dapatkan.  Bukan sahaja peniaga Cambodia yang berniaga disini, tetapi juga peniaga Malaysia turut mengambil kesempatan untuk berurus niaga disini.

Antara barang niaga yang dijual di sini adalah barang perhiasan, jam tangan, kasut, pakaian, makanan, beg dan lain-lain lagi.  Anda boleh borong habis-habisan disini kerana harga barang yang dijual di sini lebih murah jika dibandingkan dengan pasar Siem Reap dan pasar-pasar lain.  Semua peniaga menjual dengan harga berpatutan dan sederhana di sini. Patutlah ramai pelancong tempatan dan luar negara suka ke sini. Di samping itu, suasana sekitar pasar ini amat bersih dan tenang walaupun ia amat meriah.

Anda juga boleh menikmati makanan ringan dan makanan berat sambil bersiar-siar dan membeli-belah disini. Memang nikmat makan cendol, cincau dan minum jus-jus yang murah dan segar ini. Paling membuatkan anda gembira, kebersihan makanan, minuman dan peniaga serta kedai tempat menarik di Cambodia ini amat dititikberatkan dan memang terbaik.

 

#10  National Museum of Cambodia

tempat menarik di cambodia

Imej via [Dailymotion]

Nak lagi menarik, apa kata anda kunjungi National Museum Cambodia yang penuh dengan sejarah negara ini.  National Museum of Cambodia ini terletak di Phnom Penh, Cambodia dan mempunyai lokasi yang strategik untuk memudahkan anda.  Anda boleh melihat pelbagai karya dan hasil seni yang terbesar dan terlengkap di muzium ini. Semua maklumat dan barang-barang peninggalan sejarah negara ini dipamerkan disini.

Apa yang menarik disini, keadaan dalam dan luar muzium ini memang membuatkan anda teruja kerana jarang untuk kita lihat muzium luar negara kan. Seni bina bangunan dan reka bentuk muzium ini menarik dan boleh dijadikan sebuah tempat lawatan untuk pelajar dan seluruh masyarakat.

 

#11  Ratanakiri

tempat menarik di cambodia

Imej via [cambodiatravel]

Ratanakiri adalah tempat bersantai di daerah Cambodia yang terletak di kawasan pedalamannya.  Untuk mereka yang hiking atau melakukan aktiviti sekitar ini, Ratanakiri ini boleh dijadikan sebagai penginapan atau rumah untuk beristirehat dan tidur bagi mereka.  Tentu anda juga ingin hiking di sekitar sini, anda boleh hiking di Virachey National Park yang mempunyai banyak jenis haiwan seperti gajah, harimau dan macam-macam lagi. Namun, perjalanan hiking anda akan menjadi lancar. Percayalah.

Selain hiking dan menginap, anda boleh melihat air zamrud dari Danau Kawah Yeak Lom. Ia pula merupakan tempat berenang bagi anda yang ingin mandi-manda dalam air dingin lagi tenang pada siang hari.  Bukan itu sahaja, masih ada air terjun menarik untuk anda berendam seperti air terjun Chaa Ong dan Ka Tie.

 

#12  Kratie

tempat menarik di cambodia

Imej via [lonelyplanet]

Tahukah anda Kota Kratie ini terletak di tepi Sungai Mekong? Kota Kratie ini memberikan anda ruang dan peluang untuk melihat ikan lumba-lumba Irrawaddy yang terdapat di Sungai Mekong. Anda juga boleh menaiki bot sepanjang sungai untuk melihat ikan Irrawaddy.

Di sini juga anda dapat melihat bangunan kolonial Perancis yang terletak berhampiran Sungai Mekong.  Cuaca di sini selalunya amat baik untuk anda beriadah dan bersiar-siar. Tak sangka Cambodia ini mempunyai tempat yang tenang dan cantik sebegini.  Luangkan masa anda untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan udara segar di Kratie. Jangan lupa tunggu untuk menyaksikan matahari terbenam

tempat menarik di cambodia

Imej via [gadventures]

Itulah dia 12 tempat menarik di Cambodia yang menjadi kesukaan ramai.  Jom pilih tempat menarik pilihan anda untuk percutian anda bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja.  Anda juga boleh melihat senarai Tempat Menarik di Melbourne dan juga Tempat Menarik di Iceland.

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Travel
  3. DailyMotion

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.