Pernahkah anda ke ‘Las Vegas’? Las Vegas merupakan tempat untuk tujuan percutian dan hiburan. Jika tidak pernah, anda boleh menikmati percutian Las Vegas juga di Malaysia, hampir sama macam Las Vegas, iaitu di Genting Highlands. Di Genting Highlands juga anda boleh bercuti, berhibur dan berseronok bersama keluarga serta kawan-kawan. Jika anda tinggal di kawasan KLCC, jaraknya hanyalah 56 Kilometer dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Genting Highlands.

tempat menarik di genting highland

Imej via [Thepocketcompass]

Suhu di Genting Highlands adalah sangat nyaman, sekitar 14 celcius, ibarat seperti anda berada di negara sejuk seperti Greece, Uzbekistan, Italy serta banyak lagi. Jika dibandingkan dengan suhu Las Vegas,  hanya 6 celcius sahaja di Genting Highlands lebih tinggi, tetapi jika tidak daripada kesan rumah hijau, pasti suhu di Genting Highlands mencecah 7.08 celcius yang pernah dicatatkan oleh ahli kaji cuaca pada tahun 1978. Di Genting Highlands juga, suasananya amat indah dan mempersonakan.

Akibat keindahan dan kesegaran udaranya yang nyaman, ia sering menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara tidak kiralah pada musim cuti umum ataupun cuti mingguan. Selain itu, lokasinya yang boleh dikatakan amat strategik, kerana segalanya yang anda mahu pasti ada disini. Mari kami senaraikan tempat-tempat menarik di Genting Highlands yang pasti tidak rugi jika anda datang!

 

#1  Happy Bee Farm

tempat menarik di Genting Highland

Imej via [gentinghighlands.info]

Mengikut Al-Quran, madu mempunyai berkhasiat dan amat bagus untuk tubuh badan kita. Telah dinyatakan di dalam surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (Surah An-Nahl ayat 68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalankan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl ayat 69)

Apa kata kalau anda bawa keluarga anda kesini. Bolehlah anda tahu bagaimana madu lebah telah diproses dan dijadikan pelbagai jenis makanan di Happy Bee Farm ini. Banyak lagi info menarik tentang madu yang anda boleh dapatkan disini. Selain ladang lebah, terdapat tarikan serangga yang lain. Pasti anda nak tahu apa tarikan lain yang terdapat disini? Disini juga terdapat spesimen kumbang yang pelbagai jenis dan saiz dipanggil Insect World. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Genting Highland ini pada pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam setiap hari. Bayarannya pula adalah RM16 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak ataupun warga emas.

 

#2  Sky Avenue

tempat menarik di genting highland

Imej via [gentinghighlands.info]

Jika anda ingin merasa seperti Las Vegas Avenue di Las Vegas, di sini pun ada juga. Untuk pengetahuan anda, Sky Avenue lebih istimewa dari Las Vegas punya Avenue.  Apa yang istimewanya, disini ketinggiannya adalah 6000 kaki dari paras laut, sebab itulah ia dikenali dengan nama Sky Avenue.  Bayangkan anda berada di puncak langit tinggi. Pergh, memang menarik kan? Disini terdapat lebih dari 100 buah kedai yang pasti anda boleh pilih mana satu yang anda mahukan. Cakap je nak apa, semua ada kat sini. Tambahan pula, anda akan mendapati Sky Avenue ini turut menyediakan restoran yang menghidangkan pelbagai menu sedap-sedap belaka.  Waktu Sky Avenue beroperasi adalah dari pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam setiap hari.

 

#3  Fox World Studio Store

tempat menarik di genting highland

Imej via [geekculture.co]

Adakah anda penggemar ataupun pengumpul barangan filem daripada 20th Century Fox seperti Planet of the Apes,  Deadpool, Night at the Museum, Avatar ataupun The Predator? Sememangnya ini berita baik untuk anda semua. Di Fox World Studio Store, anda boleh mendapatkan pelbagai barangan filem 20th Century. Terdapat lebih 700 koleksi barangan filem daripada 20th Century Fox boleh anda saksikan apabila berada di tempat menarik di Genting Highland ini. Anda cakap sahaja nak t-shirt bergambar deadpool, mug berlogo avatar atau apa sahaja, pasti ada disini.

Bagi anda yang mempunyai anak-anak, pasti ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda membeli-belah. Untuk pengetahuan anda, Fox World Studio Store merupakan studio pertama di dunia yang menjual koleksi-koleksi barangan 20th Century Fox. Jadi rugi lah kalau kita sebagai anak Malaysia tak berkunjung ke sini apabila datang ke Genting Highlands kerana ia adalah studio 20th century pertama di dunia yang bertapak di negara kita.  Waktu ia beroperasi pula adalah seperti Sky Avenue, kerana ia terletak didalam Sky Avenue. Keluasan bagi Fox World Studio Store adalah 3000 kaki persegi.

 

#4  Bona Cinemas

tempat menarik di genting highland

Imej via [gayatravel.com.my]

Satu lagi lakaran sejarah baru buat Malaysia kerana dengan kerjasama sebuah produksi televisyen dan pengedaran filem terbesar di China, satu panggung wayang yang amat canggih, iaitu Bona Cinemas di Genting Highlands ini telah ditubuhkan. Bona Cinemas yang terletak di Sky Avenue ini memiliki 4 buah movie hall. Untuk tiket wayang pula, bagi tempat duduk premium adalah RM22, tempat duduk executive adalah RM17 dan tempat duduk standard adalah RM16. Apa, tiket disini mahal dari panggung wayang lain? memanglah kerana disini menggunakan kesan khas yang terbaik iaitu Dolby Atmos. Kini, panggung wayang ini dibuka pada sebelah petang sehingga tengah malam.

 

#5  Vision City Video Games Park

tempat menarik di genting highland

Imej via [blog.rwgenting]

Bagi penggemar permainan video, laser tag dan sebagainya, mungkin di Vision City Video Games Park ini adalah syurga buat anda kerana disini menawarkan pelbagai jenis permainan yang boleh anda main dan berhibur.  Di sini, anda bukan setakat bermain permainan semata-mata tetapi anda mungkin berpeluang membawa pulang hadiah mengikut permainan yang anda main. Bagi anda yang mempunyai anak kecil, permainan seperti kereta api, kereta mainan dengan tema haiwan dan bermacam jenis lagi mainan terdapat di sini dan pasti amat sesuai untuk anak kecil anda.

Vision City Video Games Park menyediakan lebih daripada 400 buah permainan yang boleh dimainkan tidak kiralah berapa pun usia anda, semuanya adalah untuk menghiburkan anda dan keluarga anda. Waktu tempat menarik di Genting Highland ini dibuka adalah pada pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah malam pada hari Isnin hingga hari Khamis. Pada hari Jumaat hingga Ahad, ia dibuka pada pukul 9 pagi sehinnga pukul 1 pagi.

 

#6  Fashion Forest

tempat menarik di genting highland

Imej via [TREKSFashionForest]

Bagi pencinta alam sekitar, ini adalah syurga dunia untuk anda. Semua tumbuh-tumbuhan serta pokok-pokok disini diibaratkan seperti selebriti, model atau sebagainya, disebabkan itulah ia dipanggil Fashion Forest, ianya bukanlah tempat untuk membeli-belah yang penuh dengan pakaian berfesyen. Selain itu, teknologi turut digunakan di tempat menarik di Genting Highland ini bagi memberi kesan yang lebih efektif untuk semua tumbuhan dalam menarik perhatian anda.

Antara teknologi yang digunakan adalah penggunaan arca bergerak, platform menaik dan macam-macam lagi. Untuk pengetahuan anda, Fashion Forest ini terletak di banjaran titiwangsa dan berketinggian 1700 meter dari paras laut. Tak sangka juga, hutan hujan di Fashion Forest ini dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun. Selain melihat keindahan alam sekitar di sini, anda juga boleh beriadah bersama keluarga. Untuk masuk ke tempat menarik di Genting Highland ini, bayaran yang dikenakan adalah RM75 sehingga RM130.

 

#7  Butterfly Wonderland

tempat menarik di genting highland

Imej via [marcmytravels]

Jika tadi kita bercakap soal madu lebah, sekarang kita bercakap pula akan keindahan Butterfly Wonderland yang merupakan tempat menarik di Genting Highlands ini. Terdapat pelbagai jenis rama-rama dengan pelbagai saiz dan beraneka warna. Anda juga dapat menyaksikan permandangan kolam ikan koi yang amat menarik dan menghiburkan lagi. Bagi anda yang selalu stress dengan tempat kerja dan sebagainya, saya syorkan anda untuk datang ke sini. Pasti fikiran anda akan tenang malah dapat menghirup udara segar di sini. Waktu tempat menarik di Genting Highland beroperasi adalah pada pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam. Bayaran yang dikenakan pula adalah RM16 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak atau warga emas.

 

#8  Awana Skyway

tempat menarik di Genting Highland

Imej via [CityRails]

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman menaiki kereta kabel, anda boleh mencubanya di Awana Skyway. Bayaran yang dikenakan adalah RM8 untuk pakej Standard Gondola dan RM50 untuk pakej Glass Floor Gondola. Dengan menaiki kereta kabel ini, anda boleh melihat pemandangan sekitar Genting Highlands yang cukup memukau. Kereta kabel ini mampu membawa 300 penumpang dalam pergerakan sehala dan sepantas 6 meter per saat. Anda bukan sahaja dapat melihat keindahan pemandangan sekitar, tetapi juga boleh menikmati udara yang menyegarkan. Awana Skyway dibuka pada pukul 7 pagi sehingga pukul 12 tengah malam setiap hari.

 

#9  Snow World

tempat menarik di Genting Highland

Imej via [makemytrip]

Jika anda ingin merasa pengalaman seperti berada di Snow World Cebu sekarang anda tidak perlu lagi menempah tiket penerbangan yang mahal ke Cebu kerana di Genting Highlands juga ada Snow World versi Genting Highlands yang tersendiri. Cuaca disini adalah sekitar -6 darjah celcius. Fuh, memang sejuk kan? -6 celcius adalah dibawah paras beku tau. Kalau bersembang dengan member memang ketar mulut la sebab cuacanya memang sejuk.

Antara tarikan yang menarik di sini adalah bebola salji, cahaya lampu yang berkelip umpama bintang, gelongsor salji dan banyak lagi tarikan menarik yang anda boleh dapat di sini. Bayaran untuk masuk adalah RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk warga emas atau kanak-kanak bawah 11 tahun. Waktu beroperasi adalah pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 11.20 malam setiap hari. Bunyi macam menarik kan? Jom bawa keluarga atau teman istimewa anda tempat menarik di Genting Highland ini.  Pasti banyak memori indah yang boleh dikenangkan nanti. Jangan lupa bawa baju sejuk tebal-tebal tau, nanti kena hipotermia pulak.

 

#10  Strawberry Leisure Farm

tempat menarik di genting highland

Imej via [GentingPermai]

Tahukah anda, benih strawberi yang terdapat di Strawberry Leisure Farm adalah berasal dari benih yang diimport dari California. Kalau anda tak percaya anda boleh datang ke sini, tanya pekerja-pekerja di sini. Untuk pengetahuan anda, anda boleh makan strawberi sepuas-puasnya yang anda mahu, tetapi bayaran untuk masuk ke sini adalah RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak atau warga emas. Nak petik sendiri strawberi di sini pun boleh.  Menarik kan?

Selain itu, anda boleh dapatkan strawberi dalam bentuk packing. Manalah tahu jika jiran anda ingin merasa strawberi Genting Highlands, bolehlah bagi mereka rasa sedikit kan? Apa salahnya berkongsi kegembiraan anda bersama orang lain!  Di Strawberry Leisure Farm ini juga turut ada tanaman lain seperti sayur-sayuran dan pelbagai jenis bunga-bunga yang subur pelbagai warna. Strawberi Leisure Farm dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5.30 petang. Jadi bagi anda yang gemarkan strawberi tu, jangan lupa singgah disini tau!

 

Imej via [listikel]


Kesimpulannya, di Genting Highlands ini menyediakan pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi bersama keluarga ataupun sahabat tersayang. Tidak salah jika anda meluangkan beberapa hari dengan membawa mereka bercuti di sini, pasti dapat menceriakan hati mereka. Selain dari Genting Highland, jemput baca Tempat Menarik di KLCC dan Tempat Bersejarah di Johor Bahru.

 

Rujukan:

  1.   Wikipedia
  2.   GentingHighland.Info
  3.   Gayatravel

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Freelance Writer Malaysia yang suka berkongsi pelbagai info dan ilmu.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.