Tarikan pelancongan yang tersohor di pulau Sumatera tak lain dan tak bukan adalah Palembang. Di samping tarikan alam semulajadi yang dapat kita nikmati, Palembang juga menyediakan tempat keagamaan dan pemandangan sejarah. Anda boleh berkunjung di tempat menarik di Palembang dan mengimbas penjajahan Belanda, kedatangan orang Cina dan penyebaran Islam di Indonesia. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Palembang, masukkan tempat-tempat menarik di Palembang ini ke dalam itenari persinggahan anda.

 

tempat menarik di palembang

Imej via [Deddyhuang]

Dunia sejarah tidak asing lagi dengan nama Cheng-Ho ataupun sering disebut sebagai Laksamana Cheng-Ho. Beliau adalah seorang Laksamana dari negara China yang membantu Parameswara semasa pemerintahannya. Laksamana Cheng-Ho dan tenteranya telah berjaya mengalahkan lanun sewaktu di Palembang dan sehingga kini nama Laksamana Cheng-Ho tetap menjadi buah mulut orang ramai di Palembang.

 

  1.  Masjid Cheng Ho

tempat menarik di Palembang

Imej via [indonesiakaya]

Masjid Cheng Ho ini telah dibina untuk mengekalkan hubungan baik antara penduduk Palembang dengan warga China yang berada disini malah mereka ingin mengembangkan Islam disamping memperkenalkannya kepada orang ramai. Anda boleh berkunjung ke Masjid Cheng Ho yang teguh dan indah ini untuk menunaikan solat, sebagai tempat persinggahan ataupun untuk melawatnya.

 

  1. Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin

tempat menarik di palembang

Imej via [raunsumatra]

Masjid Besar Sultan Mahmud Badaruddin yang diasaskan oleh Sultan Mahmud Badaruddin I ini dipengaruhi oleh tiga elemen budaya iaitu Indonesia, China dan Eropah.  Struktur seni bina Eropah boleh dilihat dari pintu masjid yang besar dan kukuh manakala struktur seni bina Cina dapat dilihat dari bumbung yang kelihatan seperti kuil dan hujung menara itu berbentuk semi-kon ataupun separa kon.

Masjid ini adalah salah satu peninggalan Sultan Mahmud Badaruddin I, jadi tidak menghairankan jika masjid Sultan Mahmud Badaruddin ini dibuat sebagai salah satu masjid dan warisan kebudayaan nasional di Palembang. Bangunan yang bewarna putih dan tampak baru ini boleh anda kunjungi dan perlu dimasukkan ke dalam itenari persinggahan percutian anda.

 

  1.  Stadium Gelora Sriwijaya

tempat menarik di palembang

Imej via [footballtripper]

Di Malaysia kita sering mendengar bahawa terdapat banyak stadium yang menjadi kebanggaan masyarakat kita. Sebagai contoh, Stadium Larkin merupakan stadium kebanggaan bagi rakyat Johor Darul Takzim, Stadium Sultan Muhammad IV merupakan stadium kebanggaan bagi rakyat di Kelantan manakala Stadium Bukit Jalil merupakan kebanggaan bagi seluruh rakyat di Malaysia.

Bagi rakyat Palembang Indonesia ini pula, Stadium Gelora Sriwijaya merupakan stadium kebanggaan mereka dan merupakan ‘stadium multi-function’ ataupun stadium serba guna ketiga terbesar di Indonesia. Stadium ini sering digunakan oleh pasukan bola sepak Sriwijaya FC sebagai markas pasukan mereka dan tempat pertandingan untuk bola sepak tidak kiralah pertandingan liga ataupun piala tahunan yang sering diadakan.

Banyak juga acara lain yang diadakan di sini kerana ruang duduknya sangat luas dan dapat menampung kira-kira 40,000 orang. Stadium Sriwijaya juga dilengkapi dengan kemudahan gimnastik, kolam renang, dan trek untuk perlumbaan basikal.  Ia juga adalah tempat menarik di Palembang yang boleh anda singgah untuk melihat-lihat.

 

  1.  Monumen Perjuangan Rakyat Palembang

tempat menarik di palembang

Imej via [pergiberwisata]

Pasti anda tahu Tugu peringatan Antanom di Tenom, Sabah, Tugu Pahlawan Negara, Tugu Pahlawan Perak di Pasir Salak dan banyak lagi tugu peringatan di Malaysia. Sama juga seperti di Palembang! Terdapat tugu di Palembang khas untuk memperingati perjuangan rakyat Palembang menentang penjajah di tempat mereka.

Tugu ataupun Monumen Palembang Perjuangan Rakyat ini adalah tempat menarik di Palembang yang menyajikan adalah monumen pelbagai cerita, imej, dan peralatan yang digunakan semasa Perang Lima Hari Lima Malam di Palembang suatu masa dahulu. Perang yang dikatakan itu melibatkan semua penduduk untuk melawan penjajah yang menjajah Indonesia yang pasti tak dapat dilupakan.  Tugu ini berdiri teguh di pusat bandar yang tidak jauh dari Jambatan Ampera. Tempat menarik di Palembang ini amat sesuai untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang Palembang.

 

  1.  Kampung Kapitan

tempat menarik di palembang

Imej via [kaganga]

Tahukah anda di Palembang juga terdapat perkampungan cina kapitan yang dibawa masuk ke Palembang oleh Kerajaan Belanda?  Kampung Kapitan merupakan salah satu kawasan yang mempunyai nilai sejarah tinggi kerana kampung ini adalah tempat pertama orang Cina menetap di Palembang ketika kota itu masih di dalam jajahan Belanda. Kini, Kampung Kapitan ini adalah tempat menarik di Palembang yang menjadi tumpuan pelancong luar negara yang berkunjung ke sini.

Nilai seni dan kebudayaan di kampung Kapitan terletak pada struktur bangunan rumah malah ia dipengaruhi oleh dua budaya. Dua pengaruh tersebut adalah budaya Cina dan budaya Palembang. Budaya Cina dapat dilihat dari dalam rumah dan beranda rumah manakala budaya Palembang pula dapat dilihat dari rumah yang menyerupai piramid dan ada tiang pada struktur rumah. Keunikan dan keseronokan di sini memerlukan anda menjadikan tempat menarik di Palembang ini sebagai salah satu tempat untuk itenari percutian anda.

 

  1. Jambatan Ampera dan Sungai Musi

tempat menarik di palembang

Imej via [en.wikipedia]

Jambatan Ampera di Palembang ini amat popular dalam kalangan pelancong ala-ala seperti jambatan Pulau Pinang yang terdapat di Malaysia juga. Pada mulanya, Jambatan Ampera mempunyai panjang 1,177 meter dan lebar 22 meter, ia dipanggil Jambatan Bung Karno kerana tanda penghargaan kepada Soekarno yang telah berjuang untuk penduduk Palembang yang inginkan jambatan.

Bagaimanapun, Bung Karno tidak setuju dengan nama  ini dan akhirnya jambatan ini dipanggil Jambatan Ampera iaitu mengikut fungsinya sebagai amanat penderitaan rakyat  dan ia merupakan slogan Indonesia pada tahun 1960-an. Sungai Musi yang merupakan sungai terpanjang di Sumatera telah membahagikan Palembang menjadi dua bahagia. Di pinggir sungai, terdapat beberapa tempat menarik, seperti Restoran Terapung, Kampung Arab dan sebagainya.

 

  1.  Pasar Sekanak

tempat menarik di palembang

Imej via [Travelingyuk]

Berhampiran dengan Jambatan Ampera, terdapat sebuah pasar yang dinamakan Pasar Sekanak.  Anda boleh berkunjung ke Pasar Sekanak yang merupakan pusat makanan dan cenderamata di mana anda boleh memasak sendiri makanan yang anda inginkan di sini.  Pasar Sekanak juga membolehkan anda mendapatkan cenderahati. Tempat menarik di Palembang ini juga Bandar Lama Di Palembang.

Pasar Sekanak juga sering mengadakan persembahan seni dan kebudayaan yang kerap bagi tujuan pelancongan. Jadi jika anda melancong di Palembang, jangan lupa datang jadikan Pasar Sekanak sebagai senarai itenari persinggahan anda ya?

 

8.  Bukit Siguntang

tempat menarik di palembang

Imej via [gosumatra]

Salah satu peninggalan kerajaan Srivijaya di Palembang adalah Bukit Siguntang.  Anda boleh datang ke Bukit Siguntang ini kerana ia adalah tempat menarik di Palembang. Bukit Siguntang adalah bukit kecil dengan ketinggian kira-kira 30 meter di atas paras laut dan terletak kira-kira 3 km dari Sungai Musi utara. Ia dikenali sebagai tempat ibadat bagi masyarakat Buddha semasa era pemerintahan kerajaan Srivijaya.

Tidak salah untuk anda datang ke tempat pertapaan Buddha ini untuk menenangkan minda, melawat dan bersiar-siar atau bergambar.  Sehingga kini, ia masih dianggap tempat suci oleh penduduk setempat. Masih banyak pengunjung yang datang ke sana untuk melawat makam para bangsawan Palembang serta melihat patung-patung besar peninggalan tersebut.

 

9.  Pulau Kemaro

tempat menarik di palembang

Imej via [gosumatra]

Pernahkah anda mendengar tentang tempat simbolik ikatan sesebuah cinta seperti dongeng rakyat yang pernah diceritakan oleh orang dulu-dulu? Di Palembang ini juga terdapat tempat yang seperti itu dan sememangnya wujud kisahnya. Pulau Kemaro yang merupakan tempat menarik di Palembang ini adalah pulau legenda yang terletak di tengah-tengah Sungai Musi.

Terdapat sebuah kuil yang sering dikunjungi oleh para Buddha untuk beribadat dan melawat sebuah makam puteri Palembang yang telah berkahwin dengan putera dari China. Mereka berdua dikatakan telah mati lemas. Di Pulau Kemaro terdapat pagoda sembilan tingkat yang baru dibina pada tahun 2006 dan juga sebuah pokok cinta. Penduduk di sini percaya bahawa jika anda dan pasangan anda mengukir nama anda diatas pokok tersebut, hubungan anda berdua akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.

 

10.  Taman Kambang Iwak

tempat menarik di palembang

Imej via [gosumatra]

Pada mulanya Taman Kambang Iwak dibina untuk keturunan Belanda sebagai tempat sukan dan lama-kelamaan ia menjadi tarikan utama bagi para pelancong yang hadir. Taman Kambang Iwak juga mempunyai tasik di tengah-tengah taman yang berfungsi sebagai hiasan taman dan juga untuk menampung air hujan sehingga dapat menghalang dari berlakunya banjir.

Taman seluas 5 hektar ini semakin bertambah dengan pelbagai kemudahan iaitu taman permainan kanak-kanak, hotspot percuma, air minuman panas dan tempat berehat.  Anda boleh beristirehat di tempat menarik di Palembang ini sambil menikmati keindahan taman ini. Memang sesuai untuk anda membawa anak-anak ke sini.

 

11.  Gunung Dempo

tempat menarik di palembang

Imej via [viapendaki]

Tempat menarik di Palembang yang perlu anda jejakkan kaki adalah Gunung Dempo yang mempunyai ketinggian kira-kira 3,159 meter di atas paras laut.  Gunung Dempo ini memberi panorama yang sangat indah dengan kebun teh yang menghijau serta berekar-ekar luasnya. Uniknya, kawah gunung ini boleh bertukar warna pada bila-bila masa. Adakalanya warnanya akan bertukar menjadi putih, biru, atau hijau.

Anda boleh bersiar-siar berdekatan Gunung Dempo iaitu di Kampung Ampat yang merupakan kampung bagi kebanyakan orang yang berasal dari Jawa.  Ramai orang jawa yang berpindah dan menetap di kampung ini. Alang-alang berselfie di Gunung Dembo, jom singgah tengok-tengok kampung Ampat pula.

 

12.  Air Terjun Lematang Indah

tempat menarik di palembang

Imej via [mypalembang]

Air Terjun Lematang Indah yang berketinggian 40 meter ini merupakan salah satu tarikan alam semulajadi di Palembang Sumatera. Sudah pastilah ia adalah tempat menarik di Palembang yang wajib anda singgah untuk bercuti. Tempat pelancongan ini sangat mudah dilawati kerana ia terletak di pinggir Kota Pagar Alam iaitu di antara Lahat City dan Pagar Alam City.

Keindahan panorama di Air Terjun Lematang Indah sangat menarik dengan laluan yang berliku-liku dan batu-batu yang tajam. Untuk mencapai bahagian bawah Air Terjun Lematang Indah, terdapat tangga yang boleh anda gunakan untuk naik dan turun malah dibawahnya terdapat beberapa tempat duduk untuk anda berehat.  Jika terasa lapar, anda boleh ke gerai yang disediakan untuk mengalas perut yang lapar akibat terlalu lama mandi. Jangan lupa ke tempat menarik di Palembang ini, pasti best!

 

13.  Benteng (Kubu) Kuto Besak

tempat menarik di palembang

Imej via [tripadvisor]

Kubu yang terletak betul-betul di tebing Sungai Musi bukanlah sebuah bangunan yang biasa kerana usia kubu ini sudah mencecah ratusan tahun. Pada waktu malam, biasanya Kuto Besak Fortress dimeriahkan oleh penjual pasar malam yang menjamu pelbagai hidangan kulinari di sini.  Salah satunya hidangannya adalah Pempek.

Terdapat juga pelbagai jenis makanan jalanan yang sangat sedap dan pasti lebih seronok sekiranya anda menikmati makan malam di atas kapal restoran terapung yang sangat indah dan unik ini. Anda boleh melihat beberapa barisan lampu taman dengan pantulan kuning dari permukaan sungai yang sangat mempersonakan dan seakan-akan romantik.

tempat menarik di palembang

Imej via [satujam]

Bestkan tempat menarik di Palembang yang kami kongsikan? Apa kata anda jadikan tempat menarik di Palembang ini sebagai itenari persinggahan percutian anda sepanjang berada di Palembang.  Selain Palembang, jemput baca tempat menarik di Switzerland dan tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia.

 

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. Tripadvisor
  3. jurnalsumatra

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.