Pernahkah anda mendengar tentang bandar Seremban 2? Bandar Seremban 2 ialah sebuah bandar satelit yang terletak hampir 4 kilometer di tenggara pusat bandar Seremban. Ia berlokasi di sebelah barat Lebuhraya Utara-Selatan di Negeri Sembilan. Seremban 2 merupakan bandar terancang yang dibina di atas tanah yang dahulunya ladang kelapa sawit atas satu matlamat iaitu supaya dapat menempatkan semula bahagian pentadbiran, perniagaan dan pendidikan dari kesesakan pusat bandar ke tempat yang lebih teratur kerana populasi penduduk di bandar Seremban semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Imej via [propsocial]

Seremban 2 menjadi bandar membeli-belah popular setelah pembukaan beberapa kompleks membeli-belah seperti Aeon Mall, Tesco, Mydin dan sebagainya.   Seremban 2 juga telah dijadikan kawasan baru untuk Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Kompleks Mahkamah Seremban, Ibu pejabat Polis Daerah Seremban, Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan serta Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan.

Walaupun sarat dengan era pembangunan, tetapi terdapat banyak tempat menarik di Seremban 2 yang menjadikan bandar ini hidup. Mari kita lihat senarai tempat menarik di Seremban 2 yang menarik ramai penduduk dan pelancong.

 

  1.  Jelita Ostrich Farm

tempat menarik di seremban 2

Imej via [tymothye]

Ladang burung unta yang merupakan tempat menarik di Seremban 2 ini berdekatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Kawasan ini luas dan sering dikunjungi oleh rombongan sekolah tak kiralah yang jauh atau dekat.  Anda boleh membuat tempahan awal untuk ke tempat menarik di Seremban 2 ini, tour guide pula disediakan bagi membantu anda.

Pada ketika orang tidak ramai, anda berpeluang untuk menunggang burung unta ini sekiranya anda ingin. Jelita Ostrich Farm dibuka setiap hari pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang. Bayaran tiket untuk dewasa adalah RM10 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun adalah RM6.

Tahukah anda, burung unta merupakan burung terbesar didunia tetapi tidak boleh terbang. Burung ini hanya mampu berlari sejauh 65 kilometer sejam ataupun 40 batu sejam. Memang pantas kan? Antara yang menarik tentang burung ini adalah mereka biasanya bertelur di dalam satu sarang dan berkongsi sarang bertelur dengan burung-burung yang lain. Biasanya satu sarang mempunyai lima ekor burung betina dan telurnya akan dieramkan oleh burung betina alpha (ketua). Makanan kegemaran burung ini adalah bunga-bungaan, rumput, buah-buahan, serangga serta biji-bijian.

 

  1.  Gunung Angsi

tempat menarik di seremban 2

Imej via [afifplc]

Gunung Angsi mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki) dan terletak berhampiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Jadi kiranya, ia berdekatan dengan Seremban juga dan merupakan salah satu tempat menarik di Seremban 2. Gunung Angsi ini adalah tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian serta amat popular dalam kalangan para pendaki di sekitar Seremban.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam bagi mereka untuk melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi.  Apabila sudah sampai ke puncak, para pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Bagi pendaki ‘baru nak up’ atau pun ‘noob’, anda disarankan untuk memulakan pendakian dari Jalan Bukit Putus, kerana ia kurang mencabar dan hanya memerlukan 1.5 – 2 jam usaha sahaja untuk sampai ke puncak Gunung Angsi ini.

 

  1. Kompleks Belia dan Sukan Paroi

tempat menarik di seremban 2

Imej via [mapio]

Tempat menarik di Seremban 2 yang paling aktif dikunjungi oleh orang ramai untuk beriadah setiap hari adalah Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi yang terletak di Seremban ini juga. Amat sesuai untuk anda yang ingin bersukan ataupun melakukan aktiviti bersenam. Nak berzumba pun boleh pada waktu malam kerana ramai akak-akak di sini membuat aktiviti tersebut pada waktu malam secara berkumpulan.  Anda bolehlah join sekaki!

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah padang bola, gelanggang badminton, gelanggang squash, gelanggang futsal, gelanggang tenis serta gelanggang bola tampar boleh disewa di sini manakala trek larian, padang rumput sintetik dan laman papan selaju boleh digunakan secara percuma.  Anda juga boleh menggunakan kemudahan surau, kiosk serta dewan.

 

  1.  Lorong Seni / Street Art

tempat menarik di seremban 2

imej via [hajahlijah]

Bagi anda yang berjiwa seni dalam aktiviti mural, jom datang ke lorong seni ini kerana terdapat pelbagai lukisan serta gambar yang dilukis oleh pelukis-pelukis berbakat.   Antara para pelukis yang terlibat adalah pelukis komik ujang. Di sini juga dipaparkan lukisan-lukisan yang unik serta cantik. Lorong Seni yang terletak di Bandar Seremban 2 ini menjadi tarikan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara. Jadi apa tunggu lagi, jom datang ke sini! Bolehlah ‘selfie’ bersama gambar-gambar yang menarik di tempat menarik di Seremban 2 ini kan.

 

  1.  Laman Basikal Seremban

    tempat menarik di seremban 2

    Imej via [ShydaHashim]

Jika anda perhatikan gambar di atas ini pasti seakan-akan seperti berada di jalan raya sebenarkan? Tahukah anda sebenarnya ini adalah taman basikal ataupun laman basikal yang terletak di Seremban 2 yang dibuat untuk kanak-kanak dan para pelajar yang berbasikal. Mereka menggunakan tempat menarik di Seremban 2 ini untuk belajar berbasikal di jalan raya serta mempelajari simbol-simbol papan tanda yang terdapat di jalan raya.

Jika anda berada berdekatan Taman Tasik Seremban, anda bolehlah membawa anak-anak anda berkunjung disini, pasti seronok. Tempat menarik di Seremban 2 ini dibuka pada setiap hari iaitu pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang.

 

  1.  Taman Tasik Seremban

tempat menarik di seremban 2

Imej via [flickr]

Kawasan yang tidak asing lagi bagi penduduk dan pelancng yang berkunjung ke Seremban, Taman Tasik Seremban adalah tempat menarik di Seremban 2.  Taman Tasik Seremban merupakan pusat rekreasi dan kawasan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu.  Ia merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia.

Lokasi tempat menarik di Seremban 2 ini amat ideal serta mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga justeru menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung dalam dan luar negara. Anda boleh melihat tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta terdapat dua buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang.  Jom berehat sebentar bersama di sini.

Antara kemudahan disediakan di sini adalah seperti taman permainan, jogging track, tandas dan sebuah pentas terapung yang unik dimana pentas ini memiliki daya tarikan tersendiri. Program Hiburan Sekeluarga “Serembang di Seremban” juga dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat di pentas ini. Kawasan Taman Tasik Seremban ini berkeluasan 10 ekar meliputi Taman Malaysia dan ianya terletak berhampiran dengan dua buah hotel bertaraf antarabangsa.   

 

  1.  Taman Alam Veterinar Seremban

tempat menarik di seremban 2

Imej via [timothytye]

Taman Alam Veterinar yang terletak di Sikamat, Seremban ini juga boleh dikatakan salah satu tempat menarik di Seremban 2 bagi para pencinta haiwan. Terdapat beberapa jenis binatang yang dipelihara di sini. Anda boleh membawa anak-anak ke sini untuk mengenal pelbagai binatang jinak dan melihat pemandangan indah. Antara haiwan yang dipelihara disini adalah rusa jenis timorensis yang berasal dari Indonesia Archipelago.

Untuk pengetahuan anda, berat rusa ini boleh mencapai sehingga 120 kilogram. Jarang untuk anda ketahui hal maklumat sebegini berkaitan binatang kan? Anak rusa yang baru dilahirkan juga boleh anda lihat di sini.  Ramai pelancong dan penduduk tempatan suka ke sini untuk menaiki kereta kuda dan pusing-pusing sekitar kawasan ini dengan kos RM30 sahaja. Murahkan? Inilah masanya untuk anda meninjau dan berjalan-jalan di tempat menarik di Seremban 2 ini.

 

  1.  Centrio, Seremban 2

tempat menarik di seremban 2

Imej via [propertyguru]

Kalau anda nak tahu, di Seremban 2 ini juga memiliki tempat beriadah yang terbaik untuk anak-anak mudai, khususnya pada waktu malam. Dahulunya kita lihat ramai anak-anak muda warga tempatan yang melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti merempit setiap malam, namun sekarang kebanyakan sudah mula berminat menyertai aktiviti yang lebih bermanfaat ini dengan adanya Centrio, Seremban 2.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah berzumba, berbasikal, ber ‘roller blade’, bermain di taman permainan kanak-kanak serta banyak lagi. Jika anda tidak mempunyai basikal atau sebarang alatan, anda boleh menyewanya di sini. Semuanya murah sahaja dan menyeronokkan.  Apa tunggu lagi, jom jadikan tempat menarik di Seremban 2 yang menjadi tumpuan penduduk dan pelancong ini sebagai destinasi anda pada malam hari.

  1. IJM Hill Park, Seremban 2

tempat menarik di seremban 2

Imej via [dinohauz]

Jangan terkejut berkunjung ke IJM Hill Park jika anda melihat beberapa dinosaur di sini. Ia bukanlah ‘Jurassic Park’ ataupun ‘Dino Crisis’ tetapi ia adalah sebuah taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land yang berkeluasan 30 ekar dengan ketinggian 162 meter dari aras laut.  Taman ini mempunyai pelbagai kemudahan termasuk trek berjalan kaki dan jogging.

Tarikan utama di tempat menarik di Seremban 2 ini adalah anda boleh berjumpa dengan sekumpulan dinosour daripada spesies Stegosaurus, Ginganotosaurus dan Baryonyx di puncak taman rekreasi. Terdapat pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak turut disediakan seperti flying fox, buaian, gelongsor dan sebagainya.  

Bagi yang ingin merasai suasana hutan, anda boleh berjalan mengikut denai yang disediakan untuk melihat suasana hutan. Taman ini dibuka pada setiap hari dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 9.00 malam.

 

  1.  Pasar Seni, Seremban 2

tempat menarik di seremban

Imej via [facebook]

Terdapat sebuah Pasar Seni yang menarik di Seremban 2 boleh anda kunjungi.  Pasar Seni menjual pelbagai barangan terutamanya makanan. Selalunya, sambutan hari perayaan seperti Chinese New Year, Krismas dan hari raya turut di sambut di sini dengan diadakan pelbagai booth jualan untuk anda. Aktiviti lain juga sering diadakan di sini.  Apa kata anda ronda-ronda melihat barangan yang terdapat di tempat menarik di Seremban 2 ini pula?

 

11.  Kafe N9 Stick Factory

tempat menarik di seremban 2

Imej via [homestayseremban]

Kafe N9 Stick Factory juga dikatakan tempat menarik di Seremban 2 yang wajib anda singgah.  Kafe ini merupakan tempat makan berkonsepkan kafe hipster yang dengan tema kilang. Reka bentuknya memang unik kerana kafe ini diperbuat daripada kontena.  Anda boleh mendapatkan steamboat dengan harga RM1 secucuk dan minuman sedap yang ramai gemarkan di sini adalah Apple Polluted ala-ala jus epal biasa.

tempat menarik di seremban 2

Imej via [edgeprop]

Kesimpulannya, tempat menarik di Seremban 2 ini menjadi tumpuan ramai pengunjung dan menjadi sebuah tempat rekreasi yang boleh dikunjungi oleh generasi yang akan datang. Selain tempat menarik di Seremban 2, jom lihat tempat menarik di Rembau dan tempat menarik di Skudai juga.

 

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. Timothytye
  3. unclezuan

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.