San Francisco sebenarnya terletak di dalam daerah California dan kebanyakan kawasannya adalah berbukit serta berhampiran dengan pantai. Artikel menarik ini ditulis oleh Tuan Mohd. Zarin

San Francisco juga terkenal sebagai bandar IT kerana disinilah terletaknya Silicon Valley yang menempatkan kebanyakkan syarikat IT seperti Facebook, Pinterest, Cisco dan banyak lagi.

Walaupun banyak syarikat IT kat sini tapi tak bermakna San Francisco ni terlalu canggih dan takde tempat menarik. San Francisco ni begitu unik dan menarik sekali untuk dilawati kerana bandaraya San Francisco yang sungguh mixed culture dengan budaya lain seperti Asia.

Setelah lebih seminggu saya menjejakkan kaki di San Francisco, kali ini saya nak kongsikan 10 lokasi menarik yang wajib dilawati sekiranya berpeluang bercuti ke sini.

1. Pier 39

Suasana di sini tenang dan cantik

Antara kedai-kedai di sini

Pier 39 ni terletak di kawasan bay area yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Kawasan Pier 39 ni dibangunkan supaya menjadi destinasi shopping sambil bersantai menikmati pemandangan pantai yang indah.

Dari Pier 39 ini juga kita dah boleh nampak Alcatraz dan Golden Gate Bridge dari jauh. Memang banyak barangan yang unik di sini yang tiada dijual di tempat lain seperti cenderamata berbentuk Golden Gate Bridge, tshirt, topi NHL dan banyak lagi.

Di Pier 39 ini juga terletaknya kedai Hard Rock Cafe dan terdapat banyak street performances.

2. Golden Gate Bridge

Golden Gate Bridge ini merupakan landmark utama San Francisco. Jambatan berwarna merah ini sangat terkenal dan selalu muncul dalam filem-filem barat seperti X-Men, Spiderman dan banyak lagi.

Warna merah digunakan untuk mewarnakan jambatan ini kerana bagi memudahkan penglihatan kapal yang berlayar di kawasan sekitar kerana kawasan jambatan ini selalunya berkabus tebal.

Selain itu juga, Golden Gate Bridge terkenal sebab ianya merupakan di antara jambatan paling mustahil untuk disiapkan. Lokasi paling hampir untuk melihat Golden Gate Bridge adalah di Golden Gate Park. Di sini kita bukan saja boleh bergambar bersama Golden Gate Bridge dari pelbagai angle, tetapi dapat juga membeli cenderamata.

3. Lombard Street

Agak pelik sebenarnya kenapa Lombard Street sangat terkenal dan menjadi salah satu tempat wajib untuk melawat. Lombard Street sebenarnya adalah jalan raya yang dibina secara bersimpang siur dan menuruni bukit.

Di kawasan sekitar Lombard Street terdapat banyak pokok-pokok bunga yang cantik menghiasi pemandangan ketika kenderaan menuruni Lombard Street.

Lombard Street menjadi tarikan ramai pelancong bukan saja kepada pelancong yang ingin bergambar berlatar belakangkan Lombart Street, tetapi juga menjadi tarikan kepada pelancong yang ingin memandu kenderaan menuruni Lombard Street.

4. Alcatraz Island


Alcatraz sebenarnya adalah sebuah penjara lama yang terletak di sebuah pulau berhampiran dengan San Francisco Bay.

Bermula sebagai pusat pertahanan tentera sehinggalah bertukar menjadi penjara, Alcatraz menyimpan 1001 jenis misteri dan ramai penjenayah terkenal pernah dikurung di sini. Sekarang Alcatraz tidak lagi dijadikan sebagai penjara dan telah dibuka kepada pelancong dari serata dunia.

Untuk ke Alcatraz, pengunjung haruslah menaiki feri dari kawasan Bay Area. Tour di Alcatraz sungguh berbeza dan unik sekali. Setiap pengunjung diberi alat pendengar dan tour dilakukan melalui audio yang dimainkan.

Setiap pengunjung akan dibawa oleh suara audio tour dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan audio tour tersebut menerangkan secara interaktif apa yang berlaku di setiap lokasi.

5. Walt Disney Family Museum

Peta asal Disney Land

Meja pelukis

Kalau biasanya saya hanya tahu mengenai Disneyland dan Mickey Mouse saja, tapi kali ni saya berpeluang ke Walt Disney Museum. Di sini kita boleh mengenal sejarah Walt Disney iaitu pengasas dan pencipta watak Mickey Mouse.

Museum yang berkonsepkan galeri interaktif ni menceritakan dari mula Walt Disney berkecimpung dalam dunia kreatif, melukis kartun di surat khabar sehinggalah berjaya mempopularkan Mickey Mouse dan seterusnya membangunkan Disneyland.

Walt Disney Museum ini merupakan hasil usaha dari waris Walt Disney dan ianya hanya terdapat di San Francisco sahaja.

6. Winchester Mystery House

Terletak di selatan San Francisco, nama Winchester Mystery House jarang-jarang sekali disebut sebagai salah satu destinasi wajib di San Francisco.

Rugi kalau tak datang ke sini sebab rumah misteri Winchester begitu unik dan tak terdapat di tempat lain.

Pemilik asal rumah ini iaitu Sarah Winchester telah membina rumah yang besar dengan 160 bilik, 40 bilik tidur dan rumah ini tak pernah disiapkan sehinggalah Sarah meninggal dunia pada tahun 1922.

Sarah memang sengaja tidak menyiapkan rumah ini kerana menurut tukang tiliknya pada ketika itu, dia harus sentiasa membina rumah yang tidak akan siap bagi mengelakkan nasib malang yang menimpa dirinya. Terdapat juga teori lain yang menyatakan, Sarah membina begitu banyak bilik bagi mengelirukan roh hantu yang terdapat di dalam rumahnya.

Tour ke Winchester Mystery House ni mengambil masa lebih kurang 1 jam dan saya dibawa ke lokasi-lokasi penting dan setiap bilik-bilik serta bilik misteri.

7. Cable Car

Menaiki Cable Car sebenarnya adalah salah satu lagi perkara wajib yang harus dilakukan ketika melancong di San Francisco.

Saya menaiki Cable Car dari pusat bandar di Market Street dan dibawa sehingga penghujung laluan iaitu di Bay Area. Sebenarnya Cable Car ini bukanlah pengangkutan utama di sini tetapi lebih kepada memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman menaiki Cable Car.

Cable Car begitu istimewa di sini kerana kebanyakkan jalan raya di San Francisco adalah berbukit-bukit. Orang yang mengendalikan Cable Car ini hanya perlu mengawal brek untuk berhenti dan menggerakkan Cable Car.

Kadang-kadang terasa macam naik roller coaster sebab ramai orang akan menjerit-jerit bila menuruni bukit yang curam.

8. Aquarium Of The Bay

Aquarium Of The Bay ini terletak di kawasan Pier 39 dan lokasi wajib yang seterusnya. Berbeza dengan akuarium di Malaysia, Aquarium Of The Bay di sini memfokuskan kepada habitat hidupan laut yang terdapat di perairan San Francisco.

Contohnya seperti jerung putih, sotong, pari dan banyak lagi. Terdapat juga di beberapa bahagian, kita diberi peluang untuk memegang ikan pari serta binatang-binatang lain.

9. Painted Ladies

Siapa pernah tengok tv series Full House dulu? Kalau nak tahu, Painted Ladies ini terkenal kerana tv series Full House.

Painted Ladies ini sebenarnya adalah kawasan rumah yang berkonsepkan “Victorian” yang cantik dengan warna-warna yang ceria. Terdapat 6-7 buah rumah khusus yang dipanggil Painted Ladies yang mana sering muncul di dalam poskad-poskad.

Sekiranya gambar Painted Ladies ni diambil pada angle yang betul, ianya akan berlatar belakangkan bandar San Francisco dengan cantik.

10. Madame Tussauds San Francisco

Bergambar dengan Selena Gomez


Siapa yang tak kenal dengan Madame Tussauds yang menempatkan patung-patung lilin selebriti serta orang ternama.

Sama seperti Madame Tussauds di tempat lain, di sini kita boleh bergambar dengan banyak patung-patung lilin yang terkenal seperti Anne Hathaway, Barack Obama, Steven Spielberg, Steve Jobs dan banyak lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik di San Francisco, tetapi ini adalah diantara 10 destinasi yang menarik yang harus dilawati. Jadi bolehlah melawat ke tempat-tempat di atas bersama orang yang tersayang.

Rujukan:

Email : [email protected]
Facebook : http://mohdzarin.com/facebook
YouTube : http://mohdzarin.com/youtube
Instagram : http://mohdzarin.com/instagram
Twitter : @mohd_zarin


Penulis: Siti Khadijah

Siti Khadijah

Merupakan pelajar dan kini menetap di Kuantan.Merupakan penulis seprauh masa di Ammboi.com

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.